saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 16/10/2014

Perlawanan Serbia, Albania kecoh

PEMAIN Albania, Bekim Balaj (tengah) diserang penyokong Serbia sambil cuba dibantu oleh rakan sepasukannya, Ansi Agolli (kanan) dan Nenad Tomovic dalam perlawanan Kumpulan I, kelayakan Euro 2016 di Stadium FK Partizan, Belgrade semalam. - REUTERS

BELGRADE, Serbia - Perlawanan kelayakan Euro 2016 di antara Serbia dan Albania terpaksa dihentikan selepas kekecohan tercetus gara-gara penyerang tuan rumah, Stefan Mitrovic menarik turun bendera Albania yang diterbangkan di kawasan padang Stadium Partizan, Belgrade semalam.

Pengadil dari England, Martin Atkinson menghentikan perlawanan pada minit ke-41 dengan kedudukan 0-0 selepas permainan tertangguh selama setengah jam.

Pergaduhan antara pemain, pegawai dan juga penyokong kedua-dua pasukan bermula apabila Mitrovic menarik turun bendera Albania yang diterbangkan oleh pesawat ringan drone.

Mitrovic merampas kain rentang tersebut dan pemain Albania cuba mepertahankannya.

Kain rentang itu memaparkan bendera Albania dan peta yang dipanggil Greater Albania, kawasan yang merangkumi wilayah yang kini adalah Albania, Kosovo, Serbia, Montenegro, Macedonia dan utara Greece.

Beberapa penyokong Serbia kemudian masuk ke padang dan bertembung dengan pemain Albania.

Perlawanan Kumpulan I terpaksa dihentikan akibat 'gangguan di dalam padang' menurut UEFA.

"Perlawanan kelayakan Euro 2016 antara Serbia dan Albania dihentikan dan kejadian sebenar akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Disiplin UEFA," kata UEFA dalam satu kenyataan.

"Kami mahu meneruskan perlawanan tetapi pemain Albania memberitahu mereka tidak bersedia dari segi psikologi," kata ketua pasukan Serbia, Branislav Ivanovic. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:24
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.