saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 17/10/2014

Serbia kutuk insiden di Stadium Partizan

STEFAN Mitrovic merentap bendera Albania yang dikibarkan menggunakan dron di dalam stadium sewaktu perlawanan kelayakan Kumpulan I Euro 2016 di Belgrade, Serbia kelmarin. - AFP

BELGRADE - Menteri Luar Serbia berkata semalam, insiden bendera pro Albania yang dikibarkan dengan menggunakan dron yang dikawal dengan alat kawalan jauh sewaktu perlawanan menentang Albania mampu mencetuskan keganasan baik di dalam serta di luar padang dan merupakan satu provokasi politik.

Perlawanan kelayakan Euro 2016 antara dua pasukan dari negara Balkan itu terpaksa dihentikan kelmarin selepas sehelai kain rentang yang memaparkan "Greater Albania" dikibarkan menggunakan dron di dalam Stadium Partizan di Belgrade.

Bendera tersebut direntap oleh pemain Serbia, Stefan Mitrovic, dan tindkannya itu mencetuskan pergaduhan antara kedua-dua pasukan.

Sebahagian daripada 20,000 penyokong Serbia berlari ke padang dan cuba menendang serta menumbuk para pemain Albania yang memaksa pengadil mengarahkan pasukan meninggalkan padang apabila suar dibakar dan dicampak dari tempat duduk penonton.

Polis antirusuhan segera masuk ke dalam padang untuk mengawal keadaan.

Penyokong Albania telah dilarang daripada menyaksikan perlawanan tersebut.

Badan induk bola sepak Eropah, UEFA berkata, siasatan akan dilaksanakan ke atas kedua-dua pasukan berhubung insiden tersebut,

Keganasan boleh membahayakan perancangan Perdana Menteri Albania, Edi Rama untuk mengadakan lawatan bersejarah ke Serbia dan sekali gus kembali meningkatkan ketegangan etnik di Balkan.

Presiden Serbia, Tomislav Nikolic memberi amaran kepada mana-mana pihak yang sengaja mencetuskan provokosi dan cuba untuk menjelaskan kestabilan di seluruh rantau itu.

Menteri Luar Serbia, Ivica Dacic pula menyifatkan insiden berkenaan merupakan satu perancangan yang penuh teliti untuk melancarkan provokasi politik dan menyalahkan abang kepada Rama, Olsi sebagai dalang kepada kejadian tersebut.

Belgrade menuduh abang Rama yang mengawal kapal terbang tersebut dari tempat duduk eksekutif stadium, namun Olsi menafikan yang dia mempunyai kaitan dengan insiden itu.

Insiden tersebut turut mengundang kecaman daripada pelbagai pihak. Bos FIFA, Sepp Blatter berkata, sukan bola sepak sama sekali tidak boleh digunakan sebagai platform untuk menghantar mesej politik, sementara Suruhanjaya Eropah pula turut melahirkan rasa kecewa terhadap keganasan yang berlaku. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.