saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 18/10/2014

'Semua orang nak jatuhkan Chelsea'

LONDON - Chelsea akan melawat jirannya Crystal Palace hari ini de­ngan matlamat sekurang-kurang­nya mengekalkan kelebihan lima mata di takhta Liga Perdana Inggeris apabila aksi peringkat tempatan kembali selepas tamat acara antarabangsa.

Bagaimanapun ketua pasukan Blues, John Terry menolak andaian bahawa gelaran musim ini sudah pasti milik mereka.

"Adalah jelas (bahawa perebutan kejuaraan) masih belum tamat.

"Pasukan-pasukan lain pernah berada di kedudukan ini. Memang bagus apabila mendahului tetapi apabila awak berada di atas maka semua orang mahu menjatuhkan awak.

"Pasukan-pasukan lain akan bekerja keras untuk me­ngalahkan kami kerana kami ber­ada di atas dan bermain dengan bagus," katanya.

Juara bertahan Manchester City, di tempat kedua ketika ini, akan menentang Tottenham Hotspur di tempat sendiri dan pemain tengah Frank Lampard telah memberitahu rakan-rakan sepasukannya agar berhati-hati dengan Spurs yang berwajah baharu.

"Mereka mungkin sedang melalui tempoh perubahan tetapi saya sangat kagum de­ngan pengurus mereka (Mauricio Pochettino) sewaktu dia bersama Southampton dan jika dia dapat berbuat yang sama ke atas Tottenham, prestasi mereka akan lebih bagus," katanya.

Southampton, walaupun kehilangan Pochettino dan beberapa pemain penting tetap menyerlah di bawah pengurus baharu Ronald Koeman untuk berada di anak tangga ketiga menjelang perlawanan di tempat sendiri dengan Sunderland malam ini.

Arsenal pula akan berdepan Hull yang mereka kalahkan dalam perlawanan akhir Piala FA selepas bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menang 3-2 dan merangkul trofi pertama dalam tempoh sembilan tahun.

Burnley dan Newcastle pula akan berusaha mendapatkan kemenangan pertama musim iin apabila masing-masing akan melayan kunjungan West Ham dan Leicester.

Pasukan tercorot, Queens Park Rangers pula akan menentang Liver­pool di Loftus Road esok ketika spekulasi semakin kuat bahawa pemiliknya Tan Sri Tony Fernandes mungkin memecat pengurus Harry Redknapp.

United yang bermula dengan goyah di bawah Louis van Gaal kini menduduki tempat keempat, dan mereka dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk mengekalkan kedudukan itu apabila melawat West Bromwich Albion pada Selasa. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.