saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 18/10/2014

Pochettino buat Spurs lebih gagah - Lampard

MANCHESTER - Pemain tengah Manchester City, Frank Lampard percaya Tottenham kini telah menjadi lawan yang le­bih sukar sejak dibimbing oleh Mauricio Pochettino musim ini.

Juara bertahan, City akan melayan Spurs hari ini dan Lampard mahu menambah lapan gol yang pernah diledak ke gawang Tottenham sepanjang 13 tahun bersama Chelsea.

"Saya sentiasa dapat bermain de-ngan baik jika menentang Spurs dan semasa menyarung jersi Chelsea, perlawanan berdepan mereka adalah sesuatu yang cukup besar.

"Walaupun saya di West Ham, Tottenham sentiasa menjadi lawan yang besar dan sentiasa akan ditunggu-tunggu, situasi itu sedikit pun tidak berubah biarpun kini saya di City.

"Saya menjangkakan mereka mampu menempatkan diri dalam kalangan enam pasukan terbaik dan saya cukup kagum dengan pengurusnya, Pochettino sejak dia bersama Southampton lagi.

"Jika dia berjaya membawa sentuhan sama di Spurs yang mempunyai skuad lebih baik.

"Saya menjangkakan mereka mampu mara lebih jauh pada musim ini selain berada dalam kalangan pasukan yang menempah slot ke Liga Juara-juara," katanya.

Lampard, yang mengakui pada awal minggu ini tidak akan meminta New York City FC melanjutkan kontraknya selepas Januari, dinamakan sebagai pemain terbaik City untuk bulan September.

"Sekiranya saya memberitahu sesiapa yang saya telah dinamakan pemain terbaik bulanan oleh para penyokong pada bulan pertama saya bermain, sudah tentu tidak ramai akan mempercayainya," katanya.

Pengurus City, Manuel Pellegrini dijangka tidak dapat menggunakan khidmat pemain dari Perancis, Samir Nasri yang masih cedera pangkal paha. Fernandinho juga masih belum pulih daripada masalah hamstring.

Pochettino pula tidak mahu para pemainnya terlalu memikirkan dua kekalahan besar dialami Spurs pada musim lalu iaitu 0-6 dan 1-5 di tempat sendiri.

"Secara jujur, saya langsung tidak tahu mengenai keputusan berkenaan dan ini adalah musim yang berlainan sama sekali kerana berbeza falsafah serta berbeza permainan, jadi tidak perlu fikirkan apa yang berlaku sebelum ini.

"Apa yang penting adalah melihat ke hadapan dan saya langsung tidak kisahkan keputusan-keputusan sebelum ini," katanya.

Tottenham masih gagal mendapatkan rentak konsisten pada permulaan musim ini namun mereka ke Manchester dengan perasaan yakin kerana masih belum kalah di tempat lawan selain menang ke atas Southampton dalam perlawanan sebelum ini. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.