saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 16/06/2012

Terengganu bakal miliki kompleks biopenapisan terbesar di Asia

Dari kiri Mohd. Nazlee Kamal, Ahmad Said, Mazlan Ngah, Toh Chin Yaw dan Jebasinggam Issace John berjabat tangan selepas menandatangani dokumen kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Terengganu, Biotechcorp dan ECERDC di Wisma Darul Iman, Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 15 Jun - Terengganu bakal memiliki sebuah kompleks biopenapisan terbesar di Asia menjelang 2014 yang dianggarkan bernilai kira-kira RM170 juta.

Dengan terbinanya kompleks yang terletak di Taman Biopolimer Kertih, Kemaman itu, ia dijangka mampu menarik pelaburan sehingga RM7 bilion ke negeri tersebut menjelang 2015.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pembinaan kompleks itu hasil kerjasama strategik antara kerajaan negeri bersama Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BiotechCorp) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Katanya, apabila siap kelak, kompleks itu mampu menarik kemasukan lebih banyak teknologi produk bio ke negeri ini sekali gus memberi manfaat kepada penduduk tempatan dari segi ekonomi.

"Keseluruhan projek tersebut dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) kumulatif sebanyak RM20.4 bilion menjelang 2020 di samping mencipta 2,500 pekerjaan 'hijau' di Malaysia," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian itu di sini kelmarin.

Pada majlis itu, kerajaan negeri diwakili Setiausahanya, Datuk Mazlan Ngah manakala BiotechCorp dan ECERDC pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif masing-masing iaitu Datuk Dr. Mohd. Nazlee Kamal dan Datuk Jebasingam Issace John.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Toh Chin Yaw.

Kerja-kerja pembinaan kompleks itu dijangka bermula Ogos ini selepas pelan mengenai projek tersebut siap nanti.

Ahmad berkata, dengan jangkaan pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM6.8 bilion, kompleks yang terletak di kawasan seluas 1,000 hektar itu dijangka diduduki lapan penggiat industri bioteknologi perindustrian menjelang 2015.

Katanya, bagi memastikan kelancaran operasi hiliran, sejumlah 30,000 hektar tanah telah disediakan untuk pembangunan ladang bahan mentah yang akan menghasilkan 10.5 juta tan metrik cip kayu setiap tahun.

"Cip kayu itu dihasilkan daripada pokok 'petai belalang' atau nama saintifiknya, 'Acacia mangium' dan 'Leucaenaleucocephala'," ujar beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.