saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 17/06/2012

Taman Awam Lagun Kuala Ibai akan berwajah baru

KUALA TERENGGANU 16 Jun - Kerja-kerja membaik pulih dan menyiapkan Taman Awam Lagun Kuala Ibai yang terbengkalai sejak 2008 dijangka dapat dilaksanakan tidak lama lagi.

Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Samiun Salleh berkata, tender baru bagi menggerakkan projek tersebut telah dikeluarkan dan ia akan dilaksanakan secepat mungkin setelah mendapat kelulusan.

Menurut beliau, taman seluas 48 hektar itu mendapat peruntukan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Landskap Negara sebanyak RM10 juta.

Katanya, fasa pertama projek tersebut mendapat peruntukan sebanyak RM8 juta menakala fasa kedua sebanyak RM2 juta yang bermula tahun 2006 dan terpaksa dihentikan pada tahun 2008 kerana masalah kontraktor.

''Projek yang sepatutnya siap pada 2008 itu tergendala kerana masalah kontraktor menyebabkan beberapa kemudahan yang sedia ada seperti peralatan permainan dan bangku untuk berehat banyak yang rosak,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Khidmat Komuniti Gotong- Royong Bersama Akademi Bomb dan Penyelamat Negeri dan MBKT di Taman Awam Lagun Kuala Ibai di sini semalam. Hadir sama Penolong Pesuruhjaya Akademi Bomba, Komanden Noorazam Khamis.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.