saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 27/06/2012

SMK Tengku Panglima Raja Pasir Mas juara sketsa

Ramly Yusoff menyampaikan replika cek kepada wakil SMK Tengku Panglima Raja Pasir Mas yang menjuarai Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Kelantan di Tanah Merah, kelmarin.

TANAH MERAH 26 Jun - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja Pasir Mas menjuarai Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Kelantan 2012 yang berlangsung di SMK Alor Pasir di sini semalam.

Kumpulan SMK Tengku Panglima Raja yang dianggotai oleh lima pelajar mempersembahkan sketsa yang menyelitkan mesej mengenai hubungan kekeluargaan, ketaatan kepada ibu bapa dan masalah sosial dalam kalangan generasi muda hari ini.

Sekolah itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 beserta sijil penyertaan manakala naib johan disandang oleh SMK Alor Pasir di sini sementara SMK Tengku Indera Petra 2, Gua Musang di tempat ketiga.

Guru Penasihat Kelab 1Malaysia SMK Tengku Panglima Raja, Ghazali Mat Zain, 35, berkata, kesemua pelakon sketsa yang juga ahli Kelab 1Malaysia sekolah itu mengadakan latihan lebih dua minggu lalu sebagai persiapan untuk menyertai pertandingan tersebut.

"Saya berasa terharu dan gembira kerana kumpulan ini dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan yang turut disertai oleh sekolah-sekolah dari lima daerah lain iaitu Tanah Merah, Gua Musang, Kota Bharu, Machang dan Bachok.

"Saya juga berbangga kerana pelajar-pelajar menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dari segi pembawaan emosi serta penghayatan watak dalam sketsa," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan itu di sini semalam yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, Ramly Yusoff.

Turut hadir Penolong Pegawai Pelajar Daerah (Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan) Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tanah Merah, Zaiton Mohd. Zain.

Ghazali juga gembira kerana kumpulan sketsa SMK Tengku Panglima Raja dapat mewakili Kelantan ke Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2012 pada bulan depan.

"Sekolah kami akan membuat persiapan rapi dan memastikan pelajar-pelajar berlatih dengan lebih gigih menjelang pertandingan tersebut. Saya juga bercadang membuat penambahbaikan dalam persembahan sketsa kami dari segi penampilan kostum," ujarnya.

Terdahulu, Ramly dalam ucapan penutupnya berkata, pertandingan anjuran Jabatan Penerangan itu bertujuan memberi pemahaman konsep Rukun Negara kepada pelajar-pelajar sekolah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.