saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 08/07/2012

Iktiraf tokoh seni khat

KUALA TERENGGANU 7 Julai - Persatuan Khat Kuala Terengganu mahu semua pihak khususnya kerajaan negeri memberi pengiktirafan kepada tokoh-tokoh seni khat yang banyak berjasa kepada negeri itu.

Yang Dipertuanya, Mohamed Jusoh berkata, pengiktirafan itu penting memandangkan ramai generasi baru tidak mengenali tokoh yang memperjuangkan seni itu selama ini.

"Seni khat ini mempunyai masa depan yang cerah sekiranya mendapat pengiktirafan penuh daripada semua pihak.

"Justeru, kalau boleh, saya mahu tokoh-tokoh khat khususnya dari negeri ini diberi pengiktirafan setanding dengan pencapaian mereka dalam memartabatkan seni tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Pertandingan Seni Khat sempena Pameran Khazanah Islam dari negara China di Muzium Negeri di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamed berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan persatuan khat dari daerah lain untuk menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menarik minat orang ramai mendalami seni khat.

"Kami juga akan bermesyuarat selepas ini dalam usaha menjenamakan semula persatuan ini seiring dengan perkembangan semasa.

"Kemungkinan juga kita akan ubah persatuan khat ini menjadi Persatuan Khat dan Tulisan Jawi Negeri Terengganu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.