saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 05/08/2012

Pusat salur wang ihsan RM61.4 juta

Mustapa Mohamed dan isteri, Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah menyampaikan duit raya kepada sebahagian ibu tunggal dan warga emas pada Majlis Penyampaian Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di Jeli, semalam.

JELI 4 Ogos - Kerajaan Pusat menyalurkan wang ihsan sebanyak RM61.4 juta sejak tiga tahun lalu untuk membantu rakyat di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, daripada jumlah tersebut, RM41 juta dibelanjakan dan sebahagian besarnya untuk tujuan pendidikan anak-anak negeri ini.

"Setiap pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan utama seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima bantuan daripada program wang ihsan ini.

"Anak-anak di negeri ini yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti pula turut diberikan bantuan serupa iaitu bagi program ijazah mereka mendapat RM800 dan diploma RM500," katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di Darul Falah, di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut sebanyak 5,000 penerima terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan anak yatim di daerah ini menerima sumbangan duit raya.

Sumbangan berkenaan adalah hasil derma yang disalurkan oleh tokoh korporat, badan kerajaan dan syarikat swasta.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, bantuan wang ihsan yang diberikan itu adalah untuk semua rakyat negeri ini tanpa memilih bulu dan fahaman politik.

"Kita ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana menyalurkan bantuan ini, sekali gus memberi manfaat besar khususnya kepada pelajar di negeri ini," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai isu air yang semakin meruncing di negeri ini, Mustapa berkata, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menyelesaikan masalah itu demi memastikan rakyat Kelantan dapat menikmati bekalan lebih sempurna.

"Kelantan juga mempunyai sumber air yang banyak tetapi sehingga hari ini kerajaan negeri masih belum mampu menyediakan keperluan mencukupi dan berkualiti untuk rakyat.

"Masalah bekalan air di negeri ini semakin hari semakin kritikal dan diharap ia dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.