saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 11/08/2012

TNB Terengganu ziarah lebih 60 keluarga miskin

KUALA TERENGGANU 10 Ogos - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) Terengganu menziarah lebih 60 keluarga miskin sepanjang bulan puasa bagi menghulurkan bantuan sempena program Ihya Ramadan yang menjadi tradisi tahunannya.

Sebilangan keluarga yang dijengah sebelum ini telah mendapat sumbangan, termasuk pendawaian percuma dan mereka kebanyakan daripada kalangan orang kurang upaya dan daif.

Semalam, kakitangan TNB yang diketuai oleh Pengurus Bahagian Perkhidmatan Pengguna & Pemasaran TNB negeri, Omar Abdul Rahman ziarah ke rumah bekas pengawal keselamatan, Murad Ismail, 41, di Kampung Kedai Kepong di sini.

Murad yang menghidap pelbagai penyakit kronik terlantar di rumah sejak beberapa tahun lalu dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri RM300 sebulan.

"Saya gembira dan berterima kasih kepada pihak TNB yang datang bertanya khabar serta menghulurkan bantuan, apatah lagi pada bulan Ramadan dan hari raya semakin dekat," ujar Murad.

Murad kematian isterinya lapan tahun lalu dan tinggal bersama anak tunggalnya, Mohammad Fadlullah, 17, yang meninggalkan sekolah untuk bekerja sebagai penjaga setor di sebuah pasar raya.

"Masa dia pergi kerja, tinggal saya bersendirian di rumah," ujar Murad yang mengalami masalah jantung, buah pinggang, darah tinggi serta kencing manis.

Menurutnya, sejak lima tahun lalu, hospital bagaikan rumah keduanya apabila terpaksa berulang-alik untuk mencuci buah pinggang, mengambil ubat atau menerima rawatan.

"Sama ada hari raya atau tidak, beginilah kehidupan saya," ujar Murad yang mengakui kehadiran rombongan TNB memberi kegembiraan kepadanya apabila merasakan nasibnya mendapat perhatian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.