saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 17/08/2012

6,000 pelajar berjaya ke IPT

Ahmad Razif Abdul Rahman (tengah) dan Zakaria Hussin (dua dari kiri) bersama-sama memegang kain rentang di majlis pelancaran Program Kecemerlangan UPSR, PMR, SPM dan STPM di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 16 Ogos - Kira-kira 6,000 anak negeri ini berjaya menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi kemasukan September yang merupakan jumlah teramai pernah dicatatkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman menyifatkan ia suatu yang di luar dugaan dan mengejutkan.

Malah pihaknya juga kata beliau, teruja dengan jumlah mutakhir itu kerana tahun lalu hanya sekitar 3,000 hingga 4,000 pelajar berpeluang ke IPT.

Bagi tujuan itu katanya, kerajaan negeri turut memperuntukkan kira-kira RM6 juta sebagai insentif untuk setiap pelajar tersebut yang bakal menerima RM1,000 seorang.

"Pertambahan mendadak jumlah pelajar ke universiti ini antaranya adalah hasil pencapaian cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama 11 tahun berturut-turut," katanya.

Beliau yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Kecemerlangan UPSR, Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini semalam.

Turut hadir, Pengarah Pelajaran negeri, Zakaria Hussin; Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran, Mohd. Zubir Embong; Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Terengganu, Mohd. Zin Muda dan Pengerusi Majlis Guru Besar (MGB) Terengganu, Mohd. Razali Abdullah.

Mengenai program kecemerlangan itu, Ahmad Razif berkata, ia diadakan sebagai usaha peringkat akhir menjelang UPSR dalam usaha mengekalkan rekod kegemilangan 11 tahun berturut-turut.

Pada majlis itu, jelas beliau, bahan-bahan digital dalam bentuk cakera padat turut diedarkan kepada guru dan pelajar sebelum dimasukkan ke dalam e-Book bagi kegunaan pelajar yang bakal menduduki UPSR.

Beliau memberitahu, kesemua peralatan yang mengandungi soalan latihan yang merangkumi UPSR, PMR, SPM dan STPM itu menelan kos berjumlah RM663,000.

"Jumlah itu adalah sebahagian daripada peruntukan RM12 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk membangun serta memperkasakan bidang pendidikan di Terengganu," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.