TIMUR
ARKIB : 29/08/2012
Majlis Ramah Mesra Aidilfitri JHEAIK meriah

KOTA BHARU 28 Ogos - Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Jameiah al-Asriah di Jalan Tengku Petra Semerak di sini, meriah dengan kehadiran lebih 500 hadirin dalam kalangan peniaga termasuk bukan Islam.
Lebih menarik lagi, orang ramai turut berpeluang merebut hadiah utama cabutan bertuah iaitu tiket penerbangan ke China. Majlis tersebut diserikan dengan persembahan dikir barat dan nasyid.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim dan Pengarah JHEAIK, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz ketika ditemui melahirkan rasa syukur dengan perpaduan erat antara kaum yang ditunjukkan oleh rakyat negeri ini.
Dalam pada itu, Zainuddin berkata, masyarakat Kelantan seharusnya berbangga dengan tahap perpaduan erat yang berjaya dijalin selama ini sehingga menyaksikan negeri ini bebas daripada sebarang konflik perkauman.
Justeru, beliau mengajak supaya masyarakat di negeri ini menggunakan perayaan Aidilfitri sebagai wadah untuk menghapuskan sengketa yang mungkin wujud dalam kalangan mereka, selain mengeratkan hubungan antara kaum.
Keluarga terharu keprihatinan Tabung Haji
Empower Besut bimbing wanita Pulau Perhentian
Luar bandar dapat perhatian
Nelayan buktikan semangat di laut
Pulau Ranggut bakal dimaju
Penduduk lega KADA baiki jambatan
RM1.7 juta baiki, naik taraf sekolah
Ladang solar bekal elektrik 2,500 penduduk
Terap budaya inovasi - Adnan
Santuari ikan di setiap daerah
5,894 notis cermin gelap, nombor plat pendaftaran
32,777 calon duduki ujian bertulis PT3 di Kelantan
Expoconvo 2014 berjaya capai matlamat
10 graduan sertai Felo Perdana
Penulis, penyair zahir gelojak perasaan menerusi puisi
Kesedar rancang pembangunan tertumpu
Penderma organ Melayu masih sedikit
Muip agih zakat RM67 juta di Pahang
Gerai tidak dibiarkan dibuka sesuka hati
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












