saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 19/09/2012

Syed Ubaidillah juara khat sempena festival

PARA pemenang bergambar semasa majlis penyampaian hadiah dan penutup Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu 2012 di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 18 Sept. - Syed Ubaidillah Syed Mohamad, 40, yang mencintai seni khat sejak zaman kanak-kanak diumumkan sebagai juara keseluruhan pertandingan khat sempena Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu (TIIAF) 2012.

Beliau muncul johan dalam kategori logam setelah berjaya mengalahkan beberapa peserta lain termasuk dari Pakistan dan Indonesia sekali gus menerima piala pusingan Piala Mandalika.

Selain itu, Syed Ubaidillah dari Kampung Simpang Tok Ku dekat sini, menerima wang tunai sebanyak RM5,000 dan sijil penyertaan di samping hadiah sagu hati bagi kategori kayu dan spontan terbuka.

Syed Ubaidllah memberitahu, ini merupakan kemenangan kali keduanya selepas turut muncul juara tahun lalu.

"Karya logam yang dihasilkan kali ini merupakan karya seni khat yang terhebat pernah saya hasilkan dan mengambil masa kira-kira dua bulan untuk menyiapkannya," katanya ketika ditemui di sini.

Dia yang mempunyai syarikat pengiklanan sendiri berkata, seni khat merupakan minatnya sejak zaman persekolahan dan bakat semula jadi yang terus diasuh itu sentiasa memberi idea yang terbaik bagi menghasilkan karya bermutu.

Sempena TIIAF 2012, sebanyak enam kategori dipertandingkan di peringkat kebangsaan termasuk spontan terbuka, spontan sekolah menengah, sekolah rendah, siap kanvas, siap kayu dan siap logam manakala satu kategori bagi peringkat antarabangsa iaitu Siap Asia Thuluth.

Bagi kategori antarabangsa pula, ia dimenangi Mohamad Ali Zahid, Abdul Rahman (naib johan) dan Muhd. Ellahi Bukhsh Mutee (ketiga) yang kesemuanya dari Pakistan.

Kategori kayu pula dimenangi Mohd. Yazid Misdi yang menerima wang tunai RM5,000 manakala johan kategori kanvas dibolot oleh Nik Abd. Rahman Zaki Nik Abdul Kadir dengan menerima wang tunai RM4,000.

Hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said pada majlis penutup TIIAF 2012 di Taman Tamadun Islam (TTI), di sini petang semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat.

TIIAF 2012 menyaksikan kira-kira 1,320 peserta dari dalam dan luar negara menyertai beberapa aktiviti yang diadakan sepanjang program yang berlangsung sejak 14 September lalu.

Daripada bilangan itu, seramai 450 peserta terlibat dengan seminar, 500 acara bengkel, 300 peserta pertandingan spontan dan 70 peserta karya siap.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.