saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 24/09/2012

Tandas SMK Dato' Ismail, SK Mata Ayer paling bersih

PASIR PUTEH 23 Sept. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Ismail di sini dan Sekolah Kebangsaan (SK) Mata Ayer, Machang dinobatkan juara Pertandingan Tandas Bersih Sekolah-Sekolah Kelantan 2012 bagi kategori sekolah menengah dan sekolah rendah.

Kemenangan itu melayakkan kedua-dua sekolah berkenaan menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan sijil, serta mewakili Kelantan ke pertandingan peringkat kebangsaan bermula Oktober depan.

Bagi kategori sekolah menengah, tempat kedua disandang oleh SMK Sultan Yahya Petra I, Kuala Krai dan tempat ketiga oleh SMK Pauh Pial, Pasir Mas.

Tempat kedua bagi kategori sekolah rendah disandang oleh SK Sultan Ibrahim, Pasir Mas dan tempat ketiga oleh SK Panggong, Pasir Puteh.

Pemenang kedua dan ketiga masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 dan RM500 beserta sijil penganugerahan.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang dalam satu majlis di SMK Dato' Ismail di sini hari ini.

Hadiah diterima oleh Pengetua SMK Dato' Ismail, Hasnah Mohd. Yakzan dan Guru Besar SK Mata Ayer, Che Ragmah Mustafa.

Sementara itu, Hussain ketika ditemui pemberita berkata, pertandingan dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran dalam usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif selain memupuk sikap kebertanggungjawaban warga sekolah terhadap kebersihan tandas.

Beliau berkata, sekolah yang menjuarai pertandingan itu mampu menyerlahkan konsep berkenaan dengan menjadikan persekitaran sekolah terutama tandas lebih ceria dan bebas daripada sebarang vandalisme.

"Tandas berkenaan bukan sahaja dihiasi pokok bunga hiasan, tetapi juga tidak becak, berbau wangi dan disediakan pelbagai informasi iaitu bahan bacaan termasuk akhbar untuk tatapan pengunjung," katanya di sini hari ini.

Hussain berkata, pihaknya akan meminta sekolah-sekolah meningkatkan tahap keceriaan tandas dan perkara itu akan dipantau oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Beliau berkata, pengurusan tandas sekolah tidak hanya membabitkan keceriaan tandas guru, tetapi juga tandas pelajar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.