saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 19/11/2012

Tingkat tarikan Tasik Kenyir

HULU TERENGGANU 18 Nov. - Sebanyak 15 program dirangka untuk dianjurkan di Tasik Kenyir sempena promosi Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 bagi meningkatkan daya tarikannya sebagai salah satu ikon pelancongan di negeri ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Wan Ahamad Wan Muda (gambar) berkata, program berkenaan dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan kerajaan negeri.

Beliau bagaimanapun berharap lebih banyak penglibatan sektor swasta untuk bersama-sama menggerakkan program di tasik itu bagi membantu memperkenalkan secara lebih meluas produk alam semulajadi itu kepada umum.

Katanya, acara terbesar yang akan diadakan sebagai pembuka Kalendar TMT 2013 ialah Le Tour De Langkawi pada 28 Februari hingga 2 Mac.

"Pertandingan Memancing Jelajah Tasik Kenyir pula diadakan sebanyak lima siri iaitu 10 hingga 11 Februari, 22 hingga 23 Mac, 12 hingga 13 September dan 22 hingga 23 November manakala Kenyir Lake International Triathlon pula dari 9 hingga 10 Mac dan Festival Kenyir dari 16 hingga 20 Mei," katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup pertandingan memancing Monsoon Cup Casting 2012 di Pulau Mahathir di Tasik Kenyir, semalam.

Seramai 130 peserta yang terdiri daripada pemancing dari seluruh negara menyertai acara itu yang diperkenalkan sejak empat tahun lalu.

Wan Ahamad seterusnya merakamkan penghargaan kepada Sekretariat Monsoon Cup Casting 2012 yang bekerjasama dengan Sekretariat TMT 2013 bagi menganjurkan program selama empat hari itu dengan hadiah wang tunai yang ditawarkan sebanyak RM10,000.

Menurutnya, peranan sektor swasta amat diharapkan bagi menjayakan kempen TMT dan kerajaan negeri sedia membantu menjayakan program-program yang dilihat berpotensi menarik pelancong.

Sementara itu, Mohd Safuan Ismail, 26, dari Paka, Dungun menjuarai Monsson Cup Casting 2012 manakala Mohd. Arsyad Ismail pula dipilih sebagai tekong terbaik sementara Dzafir Ahmad yang berjaya menangkap ikan kelisa diberi anugerah khas kerana tangkapan yang unik itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.