saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 19/12/2012

Kelab Chery Easter duta kecil pelancongan Tahun Melawat Terengganu 2013

PARA pemilik kenderaan Chery Easter bersama ahli keluarga ketika berkunjung ke Taman Tamadun Islam sempena Perhimpunan Tahunan Kelab Chery Easter di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 18 Dis. - Kelab Chery Easter (KCE), sebuah kelab permotoran yang menghimpunkan pemilik kenderaan itu dari seluruh negara akan turut berperanan sebagai duta kecil Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT2013).

Menurut Setiausahanya, Hasmizan A Wahab, KCE akan membantu mempromosikan TMT 2013 melalui program-programnya dan kelab-kelab permotoran lain dalam negara selain berusaha untuk menyebarkan maklumat itu ke negara pengeluar Chery iaitu China melalui kerjasama Chery Alado.

"Di samping itu, kita akan berusaha mempamerkan maklumat tentang TMT 2013 di pusat-pusat servis Chery yang terdapat di seluruh negara," katanya ketika ditemui dalam majlis Perhimpunan Tahunan Pemilik Chery Easter 2012 di Hotel Permai Inn di sini kelmarin.

Hasmizan berkata, program selama tiga hari itu merupakan acara kemuncak dalam kalendar aktiviti tahunan KCE yang menghimpunkan kira-kira 100 pemilik Chery Easter bersama anggota keluarga mereka dan memilih Terengganu sebagai destinasi dengan pelbagai acara diatur termasuk lawatan ke tempat-tempat menarik.

Berucap merasmikan perhimpunan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, kerajaan negeri menggalakkan pembabitan pelbagai pihak untuk turut berperanan sebagai duta kecil pelancongan.

Menurut beliau, promosi yang dilaksanakan kerajaan negeri secara intensif menerusi pelbagai saluran media untuk menarik kunjungan pelancong akan lebih berkesan apabila pelbagai pihak turut membantu dengan bertindak sebagai medium perantara kepada TMT 2013.

Kelab yang berdaftar sejak 2009 mempunyai lebih 600 ahli pernah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records menerusi penyertaan peserta konvoi MPV terbesar yang melibatkan 147 MPV di Sungai Petani pada tahun lalu.

Terengganu merupakan destinasi ketiga dalam kalendar aktiviti tahunan kelab itu selepas memulakan konvoi di Kuantan, Pahang pada 2010 dan Sungai Petani, Kedah (2011).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.