saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 06/01/2013

Pelancongan jadi tulang belakang Terengganu

AHMAD Said (kanan) memakaikan jaket kepada Duta Tahun Melawat Terengganu 2013, Zizan Raja Lawak sambil diperhatikan oleh Abdul Rahin Mohd. Said dalam Majlis Pelancaran TMT 2013 di pekarangan Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, malam kelmarin.

KUALA TERENGGANU 5 Jan. - Kerajaan negeri berhasrat menjadikan industri pelancongan sebagai tulang belakang ekonomi negeri pada masa depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, hasrat itu bakal terlaksana selepas transformasi sepenuhnya dilakukan terhadap Tasik Kenyir termasuk menjadikan kawasan itu sebagai kawasan bebas cukai bermula Ogos tahun depan.

"Pembangunan negeri sememangnya boleh dijana menerusi industri pelancongan, malah sebagai satu subsektor dan sektor perkhidmatan yang menyumbang sebanyak RM2.86 bilion (tahun lepas) kepada ekonomi negeri berbanding RM2.48 bilion (2010)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa majlis pelancaran TMT 2013 di pekarangan Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini malam tadi.

Yang hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said; Ketua Sekretariat TMT 2013, Ahmad Fathil Abd. Ghani serta beberapa kenamaan yang lain.

Pada majlis itu, Ahmad turut mengumumkan selebriti popular, Razizan Abd Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak sebagai Duta TMT 2013.

Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah acara bacaan ikrar oleh kira-kira 100 penggiat industri pelancongan dalam usaha membantu kerajaan negeri menjayakan TMT 2013.

Ahmad juga sempat melancarkan pasukan berkuda Tindakan Cemas Malaysia cawangan Terengganu yang terdiri daripada lima pegawai serta 20 anggota berkuda sempena TMT 2013 pada majlis berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berharap TMT 2013 akan menjadi pemangkin kepada aktiviti pelancongan terbesar negara iaitu Tahun Melawat Malaysia (TMM) tahun depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.