saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 23/03/2013

Terengganu bina jalan alternatif ke utara

BESUT 22 Mac - Rakyat Terengganu terutamanya di daerah ini bakal mempunyai alternatif baru untuk perjalanan yang lebih singkat dan menjimatkan masa ke arah utara dengan pembinaan laluan yang dijangka disiapkan tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ia melibatkan tiga fasa projek pembinaan yang dianggarkan menelan kos keseluruhan sebanyak RM500 juta.

Katanya, projek itu merangkumi jarak sepanjang 50 kilometer bermula dari Kampung Keruak dekat sini dan berakhir di Simpang Pulai, Perak selain menghubungkan Kuala Berang dengan Lojing di Kelantan.

Katanya, fasa pertama yang melibatkan laluan sepanjang 10 kilometer telah dimulakan pada April tahun lalu merangkumi pembinaan jalan raya dari Kampung Keruak, Hulu Besut dan berakhir di Gunung Bongsu, Hulu Terengganu.

"Ketika ini projek itu telah siap sebanyak 38 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada April tahun depan sebelum di sambung ke fasa kedua dan ketiga tidak lama lagi.

"Untuk fasa pertama sebanyak RM 106 juta diperuntukkan bagi menyiapkan jalan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Pembinaan Jalan Keruak, Hulu Besut ke Gunung Bongsu, Hulu Terengganu-Pakej 1 di Kampung Belaoh, dekat sini semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut Nawi Mohamad, ADUN Kota Putera, Muhamad Pehimi Yusof.

Ahmad berkata, pembinaan jalan berkenaan bukan sahaja memberi kemudahan kepada pengguna ke arah utara malah memendekkan masa perjalanan pengguna dari arah timur untuk ke Tasik Kenyir.

Jelasnya, jika sebelum ini pengguna perlu mengambil masa lebih satu jam untuk ke tasik itu namun dengan jalan berkenaan hanya 45 minit diperlukan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.