saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 26/03/2013

Semangat lautan merah jambu

AHMAD Said (tengah) merasmikan Himpunan Gagasan Aspirasi Wanita Muda Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri di Kuala Terengganu, malam kelmarin.

KUALA TERENGGANU 25 Mac - Hampir segenap ruang di Stadium Negeri di Jalan Sultan Mahmud di sini diceriakan dengan 'lautan warna merah jambu' yang cukup memukau - diperagakan oleh kaum hawa, rata-rata mereka yang berusia 35 tahun ke bawah.

Sejak awal pagi lagi, hampir 5,000 wanita muda dari serata negeri ini 'berkampung' di stadium tertutup itu sempena program Himpunan Gagasan Aspirasi Wanita Muda Peringkat Negeri Terengganu, suatu program yang julung kali diadakan.

Program yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO negeri dan Persatuan Wanita Melayu Muda Terengganu (Wardah) itu menjadi lebih bermakna dan meriah apabila dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, sekali gus menyempurnakan majlis perasmiannya.

Yang hadir sama isteri beliau, Toh Puan Seri Norliza Mahmud; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad serta isteri, Toh Puan Rosnani Ngah.

Tidak ketinggalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan; Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Saiful Bahri Baharuddin dan Ketua Puteri UMNO negeri merangkap Pengerusi Wardah, Nordiana Datuk Shafie.

Acara ini dilangsungkan bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac lalu yang antara lain bertujuan menghimpunkan seramai mana wanita muda di negeri ini, selain mengeratkan persaudaraan dan berkongsi maklumat berkaitan Terengganu.

Beberapa anugerah cemerlang turut diumumkan pada majlis tersebut iaitu Anugerah Wanita Muda Cemerlang Pendidikan, Anugerah Wanita Muda Cemerlang Usahanita, Anugerah Wanita Muda Cemerlang Sukan dan Anugerah Wanita Muda Cemerlang Profesional.

Kesemua anugerah tersebut akan memberikan aspirasi baharu bukan sahaja kepada penerima, malah seluruh para peserta dan disampaikan oleh Menteri Besar dan kemudiannya turut melancarkan Tabung Mangsa Pencerobohan Lahad Datu dan Pelancaran Kempen Keamanan.

Sebelum itu, suasana riuh di stadium berkenaan bertukar sepi seketika apabila Menteri Besar mengajak semua hadirin bertafakur bersedekah al-Fatihah kepada semua anggota pasukan keselamatan Malaysia yang gugur dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Dalam ucapan, Menteri Besar turut melahirkan rasa puas hati beliau dengan sambutan hebat daripada wanita-wanita muda yang menjayakan program itu sambil menyeru agar mereka saling bermuafakat dan mengukuhkan perpaduan demi masa depan mereka yang lebih cerah.

Ahmad berkata, usaha itu juga membantu melahirkan generasi yang berwibawa dan lebih berdaya saing dalam usaha membangunkan bangsa, agama dan negara.

"Kita juga mengharapkan agar wanita-wanita muda yang berilmu pengetahuan dapat dilahirkan sejajar dengan hasrat kerajaan mencapai negara maju.

"Wanita muda juga perlu berganding bahu dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab bagi memenuhi hasrat kerajaan melaksanakan pelbagai transformasi untuk kesejahteraan rakyat," katanya.

Nordiana pula berkata, sempena majlis itu juga, semua peserta berpeluang mencatat aspirasi masing-masing tentang Terengganu pada sesi pendaftaran dan 10 aspirasi terbaik menerima hadiah istimewa daripada pihak penganjur.

Dalam pada itu, sejak awal program, kelihatan wanita-wanita muda berbaju 'merah jambu' di dalam stadium berkenaan tidak berganjak daripada kerusi masing-masing, malah sentiasa memberikan komitmen terhadap perjalanan program itu, selain mendengar amanat Menteri Besar dan Ketua Puteri UMNO negeri.

Bagaimanapun, suasana tenang sedikit berubah dengan sebahagian kecil kaum wanita muda itu yang secara tiba-tiba bingkas dari tempat duduk lalu menerpa ke ruang depan pentas utama sebaik sahaja artis pujaan mereka muncul membuat persembahan.

Mereka seolah-olah 'hilang kawalan' memenuhi depan pentas sambil merakam gambar idola mereka iaitu Ana Raffali dan Najwa Latif yang tampil dengan beberapa buah lagu hitnya.

Para peminat dalam kalangan wanita muda itu terus tanpa jemu-jemu merakam detik terindah aksi dua artis yang berkebolehan memetik gitar itu tanpa menyedari bahawa mereka membelakangi barisan orang kenamaan.

Biarpun begitu, 'semangat' mereka yang secara spontan 'menyerbu' ke depan pentas itu diharap terus menjadi momentum yang konsisten sebagai barisan belakang bagi membantu jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Sokongan serta harapan mereka itu terbukti berdasarkan laungan bersemangat sebagai menyahut seruan Menteri Besar untuk sama-sama mengundi BN pada pilihan raya umum nanti.

Sesungguhnya, komitmen serta keghairahan mereka yang merupakan sebahagian daripada 129,651 wanita muda yang berusia 35 tahun ke bawah dan 164,955 wanita muda berumur 40 tahun ke bawah di negeri ini tidak terus luntur selepas ini.

Sebaliknya, mereka akan membuktikan sahutan bersemangat waja yang menggegarkan stadium itu pada tanggal 23 Mac lalu untuk memastikan BN memenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti sebagai suatu janji yang akan ditepati.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.