saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 01/06/2013

Penduduk Kampung Jambu lega jambatan konkrit runtuh dibaik pulih

Yaacob Daud (kanan) bersama seorang penduduk kampung melihat jambatan konkrit Sungai Baung yang runtuh sejak dua bulan lalu dibaiki di Kampung Jambu, Pengkalan Chepa, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 31 Mei - Hampir 4,000 penduduk Kampung Jambu, Pengkalan Chepa di sini kini boleh menarik nafas lega apabila jambatan konkrit di Sungai Baung yang runtuh sejak dua bulan lalu sedang dibaik pulih oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Projek membaik pulih jambatan itu dibuat susulan daripada laporan media massa sebelum ini mengenai perkara tersebut yang menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk setempat.

Jambatan yang telah digunakan sejak 20 tahun lalu itu merupakan laluan utama serta jalan alternatif untuk penduduk tempatan ke Pengkalan Chepa di sini.

Seorang penduduk, Yaacob Daud, 73, bersyukur dengan projek membaik pulih jambatan tersebut yang akan memudahkan penduduk setempat menjalankan aktiviti seharian selain ia dapat bertahan untuk jangka masa yang lebih panjang.

"Saya berharap penduduk di sini sama-sama menjaga dan mengunakan jambatan ini sebaik yang mungkin untuk keselesaan bersama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Shamsul Abdul Ghani, 44, turut meluahkan rasa gembira kerana jambatan yang selalu digunakan oleh penduduk setempat untuk pergi bekerja serta menghantar anak-anak ke sekolah berhampiran, akan dapat digunakan tidak lama lagi.

"Setelah ia siap dibaiki sepenuhnya, masalah kesesakan akan dapat dikurangkan dan penduduk di sini tidak perlu lagi menggunakan jalan lain yang lebih jauh," katanya.

Sementara itu, jurutera JPS Kota Bharu, Tengku Zamri Zainal Abidin berkata, jambatan tersebut hanya dapat digunakan oleh kenderaan yang membawa muatan tidak melebihi lima tan dan amaran telah diberikan kepada penduduk setempat supaya mematuhi arahan tersebut.

Menurutnya, JPS Kota Bharu juga telah melantik kontraktor bagi melaksanakan projek membaik pulih jambatan itu dengan kos RM215,000.

"JPS ada menerima beberapa aduan berhubung kenderaan berat yang masih menggunakan jambatan ini sehingga menyebabkan kerosakan sedangkan jambatan ini hanya untuk kenderaan ringan.

"Sebelum jambatan ini mengalami kerosakan, kita sudah memacak papan tanda amaran berhubung had muatan tidak melebihi lima tan, namun pemandu lori tidak menghiraukan amaran tersebut sehingga kami mendapati papan tanda telah tercabut dan jambatan runtuh sejak Mac lalu," katanya.

Beliau berkata, JPS yang prihatin terhadap masalah penduduk telah memulakan projek membaik pulih sejak 30 April lalu dan kerja-kerja dijangka siap 20 Ogos depan dengan panjang jambatan konkrit itu kira-kira 34 meter.

"Jambatan ini juga telah dibesarkan kepada 3,900 milimeter berbanding sebelumnya dan lebar laluan jambatan sehala itu juga turut diperluaskan kepada 3,450 milimeter," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.