saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 28/09/2013

Nelayan desak atasi pencerobohan bot pukat tunda

SEBAHAGIAN nelayan mengadakan bantahan berhubung pencerobohan nelayan asing di jeti Marang, Terengganu, baru-baru ini.

MARANG 27 Sept. - Lebih 80 nelayan pesisir pantai di daerah ini yang gelisah dengan pencerobohan bot pukat tunda mendesak pihak berkuasa bertindak tegas membanteras aktiviti itu daripada terus berleluasa.

Mereka berhimpun secara aman di jeti Mercang di sini petang kelmarin bagi menggambarkan kekecewaan kerana pencerobohan itu menjejaskan pendapatan dan banyak memusnahkan alat penangkapan ikan mereka.

Dalam masa sama, mereka mendesak pihak berkuasa tidak menjalankan pemantauan bermusim dan perlu mengambil tindakan tegas tanpa mengambil kira pemilik atau pengusaha bot berkenaan.

Nelayan, Suhaimi Md. Amin, 49, berkata, pencerobohan bot pukat tunda kebanyakannya dari negeri jiran semakin berleluasa terutama di Pulau Kapas sejak tiga bulan lalu dan semakin menjadi-jadi menjelang musim tengkujuh.

"Bot ini menceroboh dan melakukan aktiviti menunda ikan pada waktu malam dan sejak tiga bulan lalu, hampir 400 unjam yang dibuat nelayan pesisir pantai rosak akibat aktiviti tersebut.

"Ini menyebabkan kami mengalami kerugian apatah lagi musim tengkujuh semakin hampir dan kami memerlukan pendapatan lebih banyak ketika ini sebagai bekalan jika tidak dapat turun ke laut kelak," ujarnya.

Bagi nelayan, Osman Husin, 48, pula, banyak unjam dan bubunya yang musnah perlu diganti dengan kos unjam kira-kira RM100 manakala bubu (RM150) sedangkan pendapatan mereka semakin merosot.

"Kami meminta pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu dalam memastikan nelayan tempatan tidak mengalami kerugian yang berterusan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan & Komoditi negeri, Nawi Mohamad yang hadir mendengar masalah mereka berkata, pihaknya memandang serius isu tersebut dan berharap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan meningkatkan kekerapan operasi.

"Kita berharap isu ini akan mendapat perhatian Jabatan Perdana Menteri dan memastikan pencerobohan bot dari luar Terengganu ini tidak akan berlaku lagi pada masa depan.

"Saya mewakili kerajaan negeri juga akan menghantar surat aduan rasmi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim mengenai pencerobohan bot nelayan dari luar Terengganu hingga menjejaskan pendapatan nelayan tempatan pada 2 Oktober ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.