saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 06/11/2013

UniSZA terima pengiktirafan Jepun

KUALA TERENGGANU 5 Nov. - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal melakar satu lagi sejarah apabila ditawar geran penyelidikan nasional bernilai RM30 juta setahun bersama Universiti Tokushima, Jepun yang akan ditandatangani awal tahun depan.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim berkata, kerjasama itu bakal berlangsung selama sembilan tahun melibatkan geran penyelidikan dalam bidang robotik dan bioperubatan.

Katanya, ia akan dilaksanakan di bawah penyelenggaraan Fakulti Reka Bentuk dan Teknologi Kejuruteraan (FRTK) UniSZA merangkumi pelbagai aspek kepakaran termasuk membina rangkaian dengan syarikat teknologi di negara itu.

"Kita berharap kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua universiti selain mewujudkan jaringan kerjasama dalam bidang lain termasuk akademik meliputi penyelidikan, pertukaran pelajar dan staf serta penganjuran seminar secara bersama," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Kerjasama itu diumumkan Universiti Takushima dalam satu kunjungan UniSZA ke Jepun pada 16 hingga 24 Oktober lalu yang diketuai Yahaya bersama Dekan FRTK, Prof. Dr. Mohd. Rizon Mohamed Juhari dan Ketua Pusat Reka Bentuk, Dr. Mohd. Hisham Omar.

Dalam kunjungan itu, UniSZA turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Okayama yang diwakili oleh Prof. Dr. Keigo Watanabe bertujuan memfokuskan kerjasama antara dua universiti itu dalam aspek pengajaran, penyelidikan dalam bidang robotik, kejuruteraan komputer dan teknologi komunikasi.

Melalui MoU itu, dua orang pensyarah perubatan Universiti Okayama yang merupakan pakar bius akan dihantar untuk berkhidmat di UniSZA selama dua tahun.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, UniSZA menjadi universiti pertama di negara yang menandatangani MoU bersama Universiti Okayama dan ia merupakan inisiatif UniSZA untuk lebih berdaya saing di peringkat global.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, UniSZA turut mendapat sokongan daripada sebuah syarikat pembuatan robot di Jepun, A life Robotics Corporation, apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Masanori Sugisaka bersetuju untuk menjadi penasihat kepada penubuhan program teknologi robotik di FRTK.

Tambahnya, persetujuan itu dimeterai melalui satu lagi MoU di antara UniSZA dan syarikat berkenaan bertujuan memberi satu lonjakan paradigma kepada pelajar-pelajar yang berminat dalam teknologi robotik selari dengan penubuhan program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang robotik.

"Kerjasama lain yang turut dibincangkan ialah dalam penyelidikan robotik, penganjuran persidangan antarabangsa, melatih staf UniSZA di dalam bidang robotik industri serta memohon geran penyelidikan kerajaan Jepun (JSPJ)," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.