saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 12/11/2013

Masyarakat Siam Besut sambut Loy Krathong

Golongan wanita menjunjung 'pokok pitis' dalam perarakan sempena sambutan Loy Krathong di Kampung Pak Kiang, Besut, baru-baru ini.

BESUT 11 Nov. - Penganut agama Buddha berketurunan Siam di dua kampung di sini tidak melepaskan peluang menyambut perayaan Loy Krathong dalam suasana meriah dan harmoni baru-baru ini.

Bertempat di Kampung Pak Kiang yang merupakan antara penempatan terawal masyarakat Siam di daerah ini, lebih 300 penganut agama berkenaan tertumpu di sebuah wat di kampung itu sejak petang semalam untuk meraikan sambutan itu.

Ketua Masyarakat Siam Kampung Pak Kiang, Awa Or Weng Pang Ling berkata, sambutan kali ini turut disertai masyarakat Siam dari Kampung Batu Balai Renek.

"Mereka yang terdiri daripada kanak-kanak sehinggalah warga usia emas beramai-ramai tidak melepaskan peluang untuk merasai kemeriahan tersebut dengan kehadiran sanak saudara dari Kelantan dan Thailand," katanya.

Upacara perayaan bermula pukul 4 petang dengan perarakan beramai-ramai serta tarian tradisi oleh pemuda dan golongan dewasa serta kanak-kanak sambil diiringi paluan gendang panjang serta alatan muzik tradisional mereka.

Mereka berarak kira-kira 200 meter menuju ke wat kampung itu sebelum diserikan dengan penampilan gadis dan wanita sambil menjunjung tiga 'pokok pitis' yang mengandungi wang kertas RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100.

Wang syiling yang dibungkus di dalam kertas lut sinar kuning pula kemudiannya dilempar ke udara oleh beberapa penganut yang 'menderma' untuk direbut oleh kanak-kanak bagi menambahkan lagi kemeriahan sambutan itu.

Pada sebelah malam, mereka beramai-ramai menuju ke Pantai Bukit Keluang untuk melepaskan bekas berbentuk bunga teratai yang dihiasi dengan bunga, duit syiling, lilin serta colok ke laut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.