saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 10/12/2013

Wifi percuma tahun depan di Terengganu

KUALA TERENGGANU 9 Dis. - Kerajaan negeri akan menyediakan kemudahan Wifi percuma secara meluas di seluruh negeri ini mulai tahun depan bagi membolehkan lebih ramai kalangan rakyat memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) tanpa bebanan kos.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika membentangkan Bajet 2014 pada hari pertama Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini hari ini.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Ahmad menjelaskan, kemudahan itu yang bakal disediakan kerajaan negeri bagi memperkasakan penggunaan ICT akan melibatkan peruntukan dianggarkan kira-kira RM30 juta.

Beliau memberitahu, kemudahan Wifi itu akan dipasang di semua tempat tumpuan awam di seluruh negeri termasuk pasar, stesen bas dan sebagainya selain kemudahan sedia ada.

"Kemudahan itu akan dipasang selepas bencana banjir yang melanda negeri ini kembali pulih dan kalau siap cepat, dijangka boleh digunakan akhir tahun depan," katanya.

Ahmad berkata, perkhidmatan itu disediakan kerajaan setelah mengambil kira keperluan ramai yang menggunakan kemudahan tersebut dalam pelbagai urusan kehidupan terutama golongan muda.

Selain itu, jelasnya, kemudahan tersebut juga untuk memenuhi keperluan para pelabur serta pelancong melayari internet di mana-mana sahaja ketika berkunjung ke negeri ini.

Terdahulu semasa pembentangan beliau berkata, pembangunan ICT selari dengan hasrat mencorakkan rakyat cemerlang dan bagi tujuan itu juga, tiga lagi menara telekomunikasi akan dibangunkan pada tahun depan dengan kos RM2.5 juta.

Menurut beliau, peranan Pusat Komuniti Bestari atau Bestari.Com turut diperhebatkan dengan pelbagai kursus ICT percuma kepada rakyat tanpa mengira had umur dan dianggarkan kira-kira 100,000 orang mengunjung pusat berkenaann setiap tahun.

Katanya, dengan peranan pusat itu yang mendapat tempat di hati rakyat, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM3.6 juta bagi pengendaliannya agar dapat berjalan dengan lebih berkesan dan memberikan manfaat lebih besar.

Sementara itu, bagi memantapkan pentadbiran negeri dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, pembangunan sistem Kerajaan Elektronik Terengganu (T-eG) juga akan terus dipergiatkan termasuk kemudahan internet jalur lebar ditingkatkan kadar kelajuan datanya kepada 150 Mbps.

"Bagi memenuhi keperluan tersebut, pembangunan prasarana jalur lebar negeri memberi penekanan kepada jaringan IPv6 dengan teknologi keselematan data terkini dipertingkatkan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.