saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 02/01/2014

Ketereh jadi koridor ilmu Kelantan

ANNUAR Musa (barisan kedua, tengah) gembira bersama sebahagian daripada kakitangan dan pelajar Politeknik Kota Bharu selepas Majlis Pelancaran Festival Sukan PKB 2014 di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 1 Jan. - Ketereh bakal menjadi koridor ilmu melalui kewujudan beberapa institusi pengajian yang akan dibangunkan tidak lama lagi.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, cadangan untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat perkembangan ilmu dibuat sejajar dengan keperluan semasa.

Kata beliau, pembinaan pusat pengajian tersebut akan dilaksanakan di bahagian Ketereh yang melibatkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Untuk Parlimen Ketereh, kita akan membangunkan sebanyak tiga buah kolej di mana ia melibatkan sebuah kolej bagi setiap DUN.

"Antaranya adalah Kolej Ulul Albab yang akan dibangunkan di DUN Kok Lanas manakala Pusat GiatMara Prima di DUN Melor dan Kolej Mara di DUN Kadok," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Festival Sukan Politeknik Kota Bharu (PKB) 2014 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah PKB, Noor Azahan Othman.

Annuar berkata, pelaksanaan koridor ilmu itu juga akan membabitkan peruntukan yang amat besar bagi memberi keselesaan kepada rakyat di kawasan berkenaan.

"Bagi pembinaan Kolej Ulul Albab, kita menganggarkan peruntukan sebanyak RM40 juta serta kira- kira RM10 juta untuk membangunkan Pusat GiatMara Prima sebagai kampus induk.

"Peruntukan ini diperlukan bagi pembinaan kampus serta penyediaan pelbagai prasarana asas untuk keperluan pelajar," katanya.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, pelaksanaan Pusat Koridor Ilmu itu perlu bagi memenuhi keperluan pelajar sekolah yang kian meningkat.

"Dalam masa yang sama, kita juga memberi tumpuan kepada keperluan sekolah di kawasan ini di mana tambahan beberapa sekolah menengah akan turut dilaksanakan.

"Kita memerlukan sekurang-kurangnya dua buah sekolah menengah yang perlu dilaksanakan dengan segera iaitu di Kok Lanas dan Ketereh bagi menampung penambahan penduduk," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Ketereh juga akan dijadikan sebagai pusat perhubungan bagi perkhidmatan pengangkutan awam Mara Liner kepada penduduk setempat.

"Mara Liner akan menyediakan perkhidmatan di kawasan Ketereh sehingga Machang serta beberapa laluan di sekitarnya.

"Perkhidmatan ini juga akan tertumpu di beberapa kawasan tumpuan seperti Kem Desa Pahlawan, politeknik serta matrikulasi untuk kemudahan orang ramai serta para pelajar," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.