saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 02/01/2014

Penyu belimbing terdampar di pantai Cherang Laut

RAHIMI Daud (kanan) menunjukkan kesan kecederaan pada seekor penyu yang ditemui Mohd. Farid Ismail (duduk empat dari kanan) di Kampung Padang Nibong, Tawang, Bachok, Kelantan, semalam.

BACHOK 1 Jan. - Seekor penyu belimbing dengan berat melebihi 50 kilogram ditemui terdampar di pantai Cherang Laut, Tawang, di sini semalam.

Penemuan haiwan tersebut telah menarik perhatian ribuan penduduk sekitar yang datang untuk melihat reptilia laut itu lebih dekat.

Penyu tersebut ditemui seorang remaja, Mohd. Farid Ismail, 17, ketika beriadah di tepi pantai berkenaan bersama rakan-rakan petang semalam.

"Kami telah mengusung penyu ini beberapa kali dan meletakkannya ke dalam air tetapi ia kembali semula ke pantai dan merangkak ke daratan.

"Kerana bimbangkan keselamatannya, saya membawanya pulang ke rumah di Kampung Padang Nibong, tidak jauh dari pantai," katanya ketika ditemui di rumahnya malam tadi.

Mohd. Farid berkata, berita penemuan penyu itu mula tersebar menyebabkan sebilangan penduduk berpusu-pusu datang ke rumahnya untuk melihat dengan lebih dekat.

"Saya masih menjaga penyu ini dengan baik dan sedia menyerahkan kepada pihak yang berkenaan. Saya tidak tahu bagaimana cara untuk melaporkan penemuan ini kepada pihak Jabatan Perikanan.

"Haiwan ini kini dalam keadaan lemah dengan beberapa kecederaan termasuk kehilangan kaki sebelah kanan yang barang kali terputus apabila terkena pukat nelayan atau menjadi pemangsa ikan yang lebih besar," katanya.

Seorang penduduk, Rahimi Daud, 28, berkata, berdasarkan cerita-cerita penduduk, penyu tidak pernah mendarat di kawasan pantai itu sejak lebih 100 tahun lalu.

"Memandangkan hidupan air ini semakin pupus, saya turut bersama memantau keadaannya sebelum ada pihak yang terbabit datang menyelamat dan melepaskan kembali di kawasan yang jauh dari pantai," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Perikanan Kelantan ketika dihubungi meminta Mohd. Farid menghubunginya kerana haiwan tersebut dilindungi.

"Sebarang penemuan penyu sama ada bangkai atau yang masih hidup perlu dilaporkan kepada Jabatan Perikanan yang akan melakukan prosedur siasatan dan langkah-langkah pemuliharaan kerana reptilia itu diwartakan sebagai haiwan yang dilindungi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.