saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 13/02/2014

Rampasan senjata api tiruan meningkat

Jalaluddin Abdul Rahman (lapan dari kiri) bersama para pegawainya sewaktu majlis Penyerahan Kenderaan Rondaan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 12 Feb. - Jumlah rampasan senjata api tiruan di Kelantan meningkat pada tahun lalu apabila mencatatkan 26 unit berbanding 15 unit pada tahun sebelumnya.

Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya memandang serius peningkatan itu kerana senjata tersebut mempunyai saiz dan kualiti yang menyamai senjata api sebenar dan dikhuatiri disalahgunakan untuk melakukan jenayah.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang memiliki senjata api tiruan agar segera menyerahkannya kepada pihak berkuasa sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka sekiranya ditangkap.

"Mungkin ada pihak menganggap senjata api tiruan sebagai barang mainan atau aksesori dan menyimpannya sedangkan perbuatan itu menyalahi undang-undang.

"Mereka yang memilikinya boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Peronda di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim.

Sementara itu, Jalaluddin memberitahu, lapan kenderaan peronda tersebut akan diserahkan kepada empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu Gua Musang, Jeli, Tanah Merah dan Pasir Mas dengan masing-masing menerima sebanyak dua kenderaan.

"Kita berharap pertambahan kenderaan peronda itu mampu membantu mengurangkan kadar jenayah di seluruh kawasan di negeri ini," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.