saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 13/02/2014

KADA peruntuk RM300,000 atasi masalah air

Mohd. Rais Mohd. Arifin (tiga dari kiri) melihat keadaan sawah padi yang dilanda kemarau sewaktu tinjauan mengenai masalah air di Kampung Padang Tambak, Demit, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 12 Feb. - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) memperuntukkan lebih RM300,000 bagi menyediakan kemudahan pam bergerak kepada seluruh petani di kawasan seliaannya yang menghadapi masalah air.

Pengerusi Jawatankuasa Menangani Krisis Bekalan Air KADA, Mohd. Rais Mohd. Arifin berkata, peruntukkan tersebut disediakan bagi menambah sebanyak 250 buah pam bergerak untuk diagihkan di kawasan terlibat.

Beliau berkata, masalah air ini perlu ditangani segera bagi mengelak lebih 8,000 petani di kawasan KADA mengalami kerugian yang dianggarkan boleh mencecah RM90 juta untuk musim ini.

"Masalah air ini berlaku berikutan penurunan paras air Sungai Kelantan yang menyebabkan pam utama KADA di Kemubu dan Lemal mengalami kegagalan untuk mengepam air.

"Ekoran daripada masalah ini, keputusan segera telah dibuat oleh Pengerusi KADA, Datuk Md. Alwi Che Ahmad selepas mesyuarat khas pada Ahad lalu untuk menambah pam bergerak di kawasan terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan masalah air di Kampung Padang Tambak, Demit di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan lebih 100 petani dari enam buah kampung di kawasan Demit dekat sini bakal berdepan dengan kerugian hampir RM1 juta apabila tanaman padi seluas kira-kira 200 hektar yang diusahakan mereka mengalami masalah kekurangan air.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Padang Tambak, Kampung Padang Mentera, Kampung Padang Durian, Kampung Kubang Palas, Kampung Marak dan Kampung Jabi.

Tambah Mohd. Rais, selain menyediakan kemudahan pam bergerak, KADA juga akan memperuntukkan minyak diesel kepada petani untuk operasi pam bergerak.

"Kita akan menyediakan minyak diesel untuk operasi pam bergerak yang mana akan diberi mengikut keperluan.

"Selain itu, pihak KADA juga akan membuat sistem giliran di kawasan-kawasan tanaman padi yang mempunyai bekalan air supaya pengagihan air dapat dilakukan dengan lebih teratur," katanya.

Tambahnya, petani-petani yang menghadapi masalah air diminta dapat membuat laporan di Pejabat KADA Jajahan (PKJ) masing-masing bagi mendapat bantuan pam bergerak ini.

"Setiap unit peladang yang menghadapi masalah bekalan air boleh segera membuat laporan kepada PKJ supaya agihan pam bergerak dapat dilakukan segera," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah keseluruhan kawasan tanaman padi musim ini ialah 18,218 hektar dengan anggaran hasil sebanyak 72,872 tan metrik hasil pengeluaran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.