saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 05/03/2014

32 tahun tabur bakti dalam dunia pendidikan

Nasiah Mahmood diraikan dalam majlis persaraannya di Sekolah Kebangsaan Othman Talib 1, Tendong, Pasir Mas, baru-baru ini. - UTUSAN/Zuharman Mohamad Nor

PASIR MAS 4 Mac - Pengorbanan selama 32 tahun menabur bakti dalam dunia pendidikan memberikan kepuasan tersendiri kepada seorang guru yang menghidap penyakit kulit kronik atau ‘scleroderma’, Nasiah Mahmood, 55, untuk menamatkan kerjaya mulia itu, baru-baru ini.

Guru Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Talib 1, itu terpaksa mengambil keputusan bersara awal selepas 24 tahun berkhidmat kerana faktor kesihatan yang semakin serius.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Pasir Kasar, Sering, Kota Bharu merasa bangga dengan pelbagai pencapaian terbaik di sekolah terakhirnya dalam bidang akademik dan kokurikulum.

"Tidak mudah mengucapkan selamat tinggal kerana pengalaman bertugas sebagai guru selama 32 tahun di sekolah cukup bermakna lebih-lebih lagi hubungan saya dengan guru-guru dan murid-murid di sekolah ini amat rapat.

"Harapan saya adalah untuk melihat sekolah ini menjadi sebuah sekolah berprestasi tinggi kelak walaupun semangat saya untuk mendidik masih berkobar-kobar lagi," katanya ketika ditemui dalam majlis persaraannya di SK Othman Talib 1 di sini baru-baru ini.

Terdahulu, beliau diraikan dengan penuh meriah oleh lebih 1,000 warga sekolah dengan persembahan murid, penyampaian hadiah, memotong kek persaraan dan diarak menaiki kereta berhias.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.