saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 08/05/2014

1,550 penduduk Ketereh terima cermin mata percuma

KOTA BHARU 7 Mei - Seramai 1,550 penduduk di Parlimen Ketereh telah menerima cermin mata percuma yang disumbangkan UMNO Bahagian Ketereh.

Ketua Wanita UMNO bahagian, Sabariah Hamzah berkata, pengagihan cermin mata itu adalah antara usaha dalam menyediakan keperluan penduduk di kawasan tersebut.

"Pengagihan cermin mata percuma ini tidak mengira peringkat umur sama ada warga emas, golongan dewasa serta kanak-kanak.

"Sumbangan ini diberikan berdasar keperluan golongan kurang berkemampuan yang mengalami masalah penglihatan," katanya selepas Program Penyerahan Cermin Mata di Yayasan Kemiskinan Rakyat Kelantan (YKK) di sini hari ini.

Sementara itu, seorang warga emas dari Kampung Kayu Rendang, Lijah Abdullah, 74, berkata, dia te­lah lama mengalami masalah rabun jauh dan dekat malah keadaan itu semakin buruk dari hari ke hari.

"Disebabkan masalah penglihatan itu, sudah dua tahun saya tidak menoreh getah sehingga terpaksa mengupah orang lain.

"Dengan bantuan ini, sudah tentu ia akan memudahkan saya membuat kerja-kerja rumah termasuk menjahit," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pe­nerima dari Kampung Padang Raja, Hassan Mohamad, 69, berkata, sumbangan itu diharap membantu me­ngurangkan beban untuk membuat cermin mata yang memakan kos yang tinggi.

"Saya sudah memiliki cermin mata sebelum ini tetapi tidak berkemampuan untuk membuat yang baharu apabila tahap rabun menjadi semakin buruk. Sumbangan ini, sedikit sebanyak telah membantu meringankan beban saya," katanya.

Bagi penerima cermin mata percuma paling muda, Nor Farah Ilyana Ahmad Azam, 8, masalah penglihatan yang dialami sering mengganggu aktiviti hariannya.

"Ibu membawa saya membuat pemeriksaan mata dua minggu lalu dan hari ini saya boleh pakai cermin mata baharu.

"Saya harap, selepas ini saya dapat melihat dengan lebih jelas apabila cikgu mengajar di dalam kelas," kata murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Melor itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.