saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 23/07/2014

Jajaran Jabor-persimpangan Ceneh dibuka

KEMAMAN 22 Julai - Sebahagian lagi jajaran Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dari Jabor ke persimpangan Ceneh sejauh 26 kilometer dibuka untuk hari ini bagi memberi keselesaan kepada pengguna terutama pada musim perayaan kini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir. Rosli Othman menyempurnakan pelancaran dalam satu majlis ringkas dengan simbolik penyerahan cenderamata kepada pengguna laluan itu.

Katanya, pembukaan seminggu sebelum ketibaan Aidilfitri itu dibuat bagi mengurangkan kesesakan aliran trafik menuju pantai timur.

"Berapa jajaran yang masih dalam pembinaan iaitu dari persimpangan Ceneh ke persimpangan Cukai dan dari persimpangan Kerteh ke persimpangan Paka dijangka dapat dibuka secara berperingkat sebelum penghujung September ini," katanya di sini semalam.

Untuk rekod, LPT2 sepanjang 184 kilometer yang bermula dari Jabor, Kemaman ke Kampung Gemuruh di utara Kuala Terengganu itu adalah kesinambungan projek LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006.

Projek itu terbahagi kepada 16 pakej iaitu 15 pakej dilaksanakan Jabatan Kerja Raya yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

LPT2 yang sepatutnya siap pada akhir 2010 itu bagaimanapun berdepan masalah dan kelewatan berikutan beberapa kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan kerja mengikut jadual yang ditetapkan termasuk ekoran masalah kenaikan kos pembinaan.

LPT2 mula dibuka kepada orang ramai pada 22 Ogos 2011 dan sehingga 25 Januari lalu, kerajaan telah membuka sebahagian jajaran sejauh 104 km dari persimpangan Kuala Terengganu ke persimpangan Paka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.