saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 12/08/2014

Taman safari di Jerantut

Wan Amizan Wan Razak Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Tahan

JERANTUT 11 Ogos - Sebuah taman safari bertaraf antarabangsa seluas kira-kira 5,000 hektar dirancang dibina di daerah ini bagi melonjakkan pembangunan sosioekonomi penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Taman Negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Razak berkata, kawasan yang akan dilabelkan sebagai Bandar Raya Hutan Hujan Tropika itu melibatkan lokasi antara Tembeling Tengah dengan Hulu Tembeling.

"Pada masa ini kita telah menyi-apkan kertas kerja bagi pembinaan taman safari tersebut dan menunggu lampu hijau daripada kerajaan negeri.

"Kita juga telah berjumpa dengan pemaju yang berpotensi dan setakat ini jumlah pelaburan luar yang berjaya dikumpulkan telah mencecah RM4 bilion," katanya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, selain melonjakkan sektor pelancongan di kawasan Taman Negara, pembinaan taman safari tersebut akan membuka kira-kira 30,000 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, selain menjana pelbagai peluang perniagaan.

Tambah beliau, pembinaan taman safari berkenaan juga akan dapat merancakkan lagi pembangunan infrastruktur di kawasan berkenaan seperti jalan raya yang memberi manfaat berterusan kepada penduduk kampung.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga akan melaksanakan projek memulihkan semula hutan hujan tropika seluas 25,000 ekar di kawasan Kuala Tahan.

"Program pemuliharaan yang turut melibatkan penanaman semula balak ini menunjukkan komitmen kita dalam usaha melindungi hutan semula jadi yang akan menjadi contoh kepada dunia," ujarnya.

Sementara itu, beliau meminta penduduk di kawasan terlibat supaya tidak menjual tanah masing-masing, sebaliknya bersedia menyewakan kepada pihak terbabit kerana akan memberikan manfaat jangka panjang.

Ujarnya, pembinaan taman safari berkenaan sudah tentu akan meningkatkan lagi nilai tanah di kawasan berkenaan dari semasa ke semasa, seterusnya memberi manfaat kepada penduduk.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.