saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 10/10/2014

Tranformasi pengurusan sisa pepejal

Ahmad Razif Abdul Rahman ( dua dari kiri) menyampaikan tong sampah kepada ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung pada majlis Tranformasi Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 9 Okt. - Transformasi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam akan diperluaskan ke seluruh daerah di negeri ini mulai tahun depan sekiranya program yang dirintis di daerah ini berkesan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, inisiatif itu akan diperincikan dan ditambah nilai berasaskan hasil projek yang digerakkan di Seberang Takir di sini apabila tanggungjawab itu diswastakan.

Program transformasi meliputi kutipan sampah dari rumah ke rumah dan kerja-kerja pembersihan jalan, pemotongan rumput serta pencucian longkang dengan penglibatan lima kontraktor yang diberi tanggungjawab menjayakan dengan kos RM184,000.

"Tempoh tiga percubaan (kontrak) tiga bulan kita berikan untuk uji program transformasi ini di Seberang Takir dan kita berharap mereka (kontraktor) memberikan komitmen penuh untuk menjayakannya.

"Kita akan gunakan model yang sama untuk dikembangkan ke seluruh daerah selaras usaha merealisasikan Transformasi Terengganu Terbersih (TTB) bagi memastikan harapan dan hasrat mentransformasikan pelupusan sisa pepejal dapat dilaksanakan dengan cara terbaik," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan perasmian majlis Transformasi Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Terengganu dalam kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di pekarangan Dewan Sivik Seberang Takir hari ini.

Yang hadir sama Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd. Dagang.

Dalam majlis itu, selain memberikan tong sampah kepada penduduk, kerajaan negeri turut menyerahkan 10 buah lori compactor untuk kegunaan MBKT dalam usaha melancarkan lagi perkhidmatan kutipan sampah yang dijalankan pihak berkuasa tempatan itu.

Seberang Takir yang termasuk dalam daerah baharu Kuala Nerus akan dijadikan penanda aras terhadap penglibatan pihak swasta dalam kerja-kerja itu dan kerajaan bercadang memberikan kontrak kepada 44 syarikat apabila program itu diperluaskan.

Sementara itu, Ahmad Razif mengingatkan lima syarikat kontraktor swasta yang dilantik di Seberang Takir bagi program tersebut agar menjalankan tanggungjawab dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sepanjang tempoh percubaan.

Katanya, komitmen kerja pembersihan yang ditunjukkan mereka itu secara tidak langsung dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap kewibawaan golongan kontraktor di negeri ini.

"Mana-mana kontraktor yang menunjukkan prestasi dan kualiti kerja pada tahap tinggi, maka kerajaan negeri bersedia memberi insentif termasuk meneruskan projek yang dilaksanakan tanpa sebut harga atau tender sebagai galakan kepada mereka," katanya.

Ahmad Razif memberitahu, pemilihan Seberang Takir yang kerja-kerja pembersihan diuruskan sepenuhnya oleh MBPKT selama ini dibuat kerana keadaannya yang agak kritikal dengan kepesatan pembangunan dan tumpuan pelancong.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.