TIMUR
ARKIB : 10/10/2014
Penjara Penor anjur program korban

KUANTAN 9 Okt. - Penjara Penor di sini buat julung kalinya mengadakan program korban sempena Aidiladha peringkat banduan yang bertujuan memberikan pendedahan kepada penghuni di penjara itu tentang ibadat korban.
Seramai 10 banduan prabebas yang menjalani hukuman kurang daripada enam bulan dan menjalankan kerja luar terlibat dalam program korban berkenaan yang diadakan di pekarangan galeri, Penjara Penor di sini semalam.
Kesemua banduan bersama-sama 10 kakitangan penjara itu bergotong-royong dalam kerja-kerja menyembelih, melapah dan memasak untuk jamuan kenduri.
Yang turut hadir Pengarah Penjara Penor, Ahmad Saidi Hamzah.
Ahmad Saidi berkata, program berkenaan juga bagi memberikan peluang kepada banduan terlibat untuk sama-sama menghayati ibadat korban yang dilakukan setiap kali Hari Raya Aidiladha.
"Untuk peringkat banduan, ini pertama kali kita adakan di penjara ini. Kita lakukan ini bagi memberikan pendedahan kepada banduan prabebas ini tentang ibadat korban dan apabila bebas kelak mereka boleh melaksanakannya.
"Selain itu, kita juga mahu memberikan peluang kepada banduan di penjara ini untuk sama-sama merasai daging korban pada hari ini yang akan kita masak dan beri makan kepada kesemua banduan di sini," katanya.
Mengenai sumbangan lembu, katanya, sebanyak RM3,000 telah disumbangkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) untuk membeli seekor lembu bagi menjalankan program berkenaan.
Seorang banduan yang terlibat dalam program itu berkata, dia sangat gembira kerana terpilih untuk menyertai ibadat korban berkenaan.
Banduan yang berusia 30 tahun itu berkata, dia tidak pernah mengikuti program korban yang diadakan setiap kali Hari Raya Aidiladha.
"Bukan sahaja sedih, malah saya gembira berpeluang menyertai program ini hari ini. Insya-Allah saya akan mengikuti lagi program seperti ini apabila bebas nanti," katanya yang akan bebas pada bulan ini.
Keluarga terharu keprihatinan Tabung Haji
Empower Besut bimbing wanita Pulau Perhentian
Luar bandar dapat perhatian
Nelayan buktikan semangat di laut
Pulau Ranggut bakal dimaju
Penduduk lega KADA baiki jambatan
RM1.7 juta baiki, naik taraf sekolah
Ladang solar bekal elektrik 2,500 penduduk
Terap budaya inovasi - Adnan
Santuari ikan di setiap daerah
5,894 notis cermin gelap, nombor plat pendaftaran
32,777 calon duduki ujian bertulis PT3 di Kelantan
Expoconvo 2014 berjaya capai matlamat
10 graduan sertai Felo Perdana
Penulis, penyair zahir gelojak perasaan menerusi puisi
Kesedar rancang pembangunan tertumpu
Penderma organ Melayu masih sedikit
Muip agih zakat RM67 juta di Pahang
Gerai tidak dibiarkan dibuka sesuka hati
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












