TIMUR
ARKIB : 12/10/2014
Muip agih zakat RM67 juta di Pahang

PEKAN 11 Okt. - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) mengagihkan bantuan zakat berjumlah RM67 juta kepada golongan memerlukan di seluruh negeri ini dari Januari hingga September lalu.
Setiausahanya, Datuk Ahmad Hairi Husin berkata, pihaknya juga menyasarkan untuk mengagihkan bantuan tersebut sebanyak RM108 juta pada tahun ini kepada golongan memerlukan.
"Ini termasuk pemberian derma siswa sebanyak RM1,200 bagi pelajar yang menuntut dalam negara dan RM6,000 bagi pelajar kita di luar negara," katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra dan Program Ziarah Prihatin Hospital Pekan di sini kelmarin.
Dalam majlis itu, Ahmad yang mewakili Muip menyerahkan sumbangan peralatan perubatan bernilai RM79,000 kepada Pengarah Hospital Pekan, Datuk Dr. Daud Othman yang mewakili hospital berkenaan.
Menurut beliau, bagi kutipan zakat untuk tahun ini, Muip menyasarkan kutipan sebanyak RM115 juta, iaitu peningkatan sebanyak lima peratus berbanding RM109 juta yang berjaya dikutip tahun lalu.
"Pihak kami telah berjaya membuat kutipan zakat setakat bulan lalu berjumlah RM65 juta," katanya.
Katanya lagi, orang ramai tidak perlu gusar tentang pengurusan wang zakat kerana pihaknya sentiasa membelanjakan wang yang dikutip kepada golongan yang berhak.
"Muip akan terus memberi makluman mengenai perbelanjaan wang zakat bagi menggalakkan orang ramai menunaikan tanggungjawab mereka membayar zakat," katanya.
Keluarga terharu keprihatinan Tabung Haji
Empower Besut bimbing wanita Pulau Perhentian
Luar bandar dapat perhatian
Nelayan buktikan semangat di laut
Pulau Ranggut bakal dimaju
Penduduk lega KADA baiki jambatan
RM1.7 juta baiki, naik taraf sekolah
Ladang solar bekal elektrik 2,500 penduduk
Terap budaya inovasi - Adnan
Santuari ikan di setiap daerah
5,894 notis cermin gelap, nombor plat pendaftaran
32,777 calon duduki ujian bertulis PT3 di Kelantan
Expoconvo 2014 berjaya capai matlamat
10 graduan sertai Felo Perdana
Penulis, penyair zahir gelojak perasaan menerusi puisi
Kesedar rancang pembangunan tertumpu
Penderma organ Melayu masih sedikit
Muip agih zakat RM67 juta di Pahang
Gerai tidak dibiarkan dibuka sesuka hati
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












