saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 12/10/2014

Gerai tidak dibiarkan dibuka sesuka hati

KUALA TERENGGANU 11 Okt. - Kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan akan memastikan perjalanan pasar malam dalam keadaan terurus dan pembukaan gerai-gerai perniagaan tidak dilakukan sesuka hati di mana sahaja sehingga mencemarkan persekitaran.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, langkah yang disasarkan mulai tahun depan bagi menjaga kebersihan agar sentiasa terurus di samping menjaga kesihatan pelanggan, keselesaan orang ramai dan tidak menyakitkan pandangan.

Sehubungan itu katanya, pasar-pasar malam di negeri ini akan dinaik taraf sebagai pasar malam eksklusif mulai tahun depan manakala penempatan gerai-gerai yang berselerak terutama di pinggir-pinggir jalan akan disusun semula.

"Kita tidak mahu lagi melihat, ada peniaga yang membuka gerai sesuka hati, terutama di kali lima jalan raya, tepi-tepi bangunan dan taman-taman permainan.

"Saya serius mahu menangani masalah ini kerana sering melihat selepas berniaga mereka akan meninggalkan sisa mi­nyak, sampah sarap bertaburan dan kelengkapan berniaga dibiarkan tanpa pengawasan," ujarnya.

Ahmad Razif berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau tahap kebersihan sekitar Taman Awam Batu Buruk dan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, di sini kelmarin.

Beliau berkata, buat permulaan, tumpuan akan diberikan sekitar kawasan bandar ini dengan menjadikan pasar malam Kuala Ibai, Shahbandar, gerai jalanan Kuala Ibai dan Batu Buruk sebagai projek contoh.

Katanya, para peniaga berkaitan terlebih perlu menghadiri kursus asas perniagaan yang dianjurkan secara percuma sebelum dibenarkan berniaga di pasar malam esklusif itu.

"Mereka perlu memiliki lesen perniagaan dan kad rekod kesihatan. Langkah itu dianggap penting bagi memberi pengetahuan lebih mendalam tentang penjagaan kesihatan, layanan pelanggan dan kawalan harga," ujarnya.

Beliau yakin penstrukturan semula pasar malam dan gerai jalanan itu, mampu menjadikan persekitaran negeri ini lebih bersih, tersusun, malah memberikan imej yang lebih baik tentang rakyat dan negeri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.