saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 13/10/2014

10 graduan sertai Felo Perdana

AHMAD Razif Abdul Rahman (lima dari kanan) dan Zahida Zarik Khan (empat dari kanan) bersama-sama pemimpin tempatan dan sebahagian pelajar dalam majlis Kembara Ilmu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, kelmarin.

KUALA TERENGGANU 12 Okt. - Anak-anak negeri yang cemerlang dalam pelajaran dengan memiliki kepujian kelas pertama dalam 'bidang kritikal' akan diberi peluang berkhidmat bersama-sama barisan kepemimpinan kerajaan negeri menerusi program Felo Perdana mulai tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, menerusi program itu, buat permulaan 10 orang yang terpilih akan ditempatkan di pejabat Menteri Besar serta pejabat anggota Exco mengikut bidang masing-masing.

Katanya, graduan khususnya dalam bidang perubatan, kejuruteraan, sains dan teknologi serta sains sosial itu akan ditawarkan kontrak selama setahun bagi melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dan kajian.

"Kerajaan negeri akan menyambung perkhidmatan mereka sebagai Pegawai Tadbir Negeri Terengganu (TCS) sekiranya menunjukkan prestasi yang baik, selain menawarkan mereka untuk melanjutkan pengajian sehingga peringkat ijazah doktor falsafah (PhD).

"Mereka mestilah anak Terengganu, memiliki ijazah kelas pertama dan boleh berkomunikasi sekurang-kurangnya dalam dua bahasa iaitu Melayu serta Inggeris. Calon yang boleh berkomunikasi dalam lebih dua bahasa akan diberi lebih perhatian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Kembara Ilmu yang dianjurkan dengan kerjasama pergerakan Puteri UMNO di Stadium Negeri di sini semalam.

Yang hadir sama Naib Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan; Ketua Puteri UMNO negeri, Rozita Ismail; Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd. Sabri Alwi serta Ketua Pemuda UMNO negeri, Johari Abu Bakar.

Lebih 500 calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terlibat dalam program berbentuk motivasi itu yang dijalankan di seluruh negeri ini.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, iklan tentang program Felo Perdana itu dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat ini.

Katanya, Pusat Transformasi Rakyat (Putra) dan Institut Integriti dan Kajian Strategik Terengganu (TISSI) telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program itu dengan menggunakan peruntukan daripada Bajet 2015 oleh kerajaan negeri yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Menurutnya, golongan bijak pandai ini dapat didedahkan dengan pengurusan, perancangan dan pelaksanaan oleh kerajaan, sekali gus membantu memperkasa jentera pentadbiran negeri dan meningkatkan keberkesanan khidmat kepada rakyat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.