saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 13/10/2014

Penulis, penyair zahir gelojak perasaan menerusi puisi

Ab. Aziz Yusoff (barisan belakang, lapan dari kanan) bersama-sama deklamator puisi yang terlibat dalam Malam Baca Puisi Keamanan Sejagat Untukmu Gaza di Gua Musang, Kelantan, kelmarin.

GUA MUSANG 12 Okt. - Lebih 200 orang hadir memberi sokongan kemanusiaan kepada penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis Israel dalam program Malam Baca Puisi Keamanan Sejagat: Untukmu Gaza, semalam.

Ketua I Persatuan Penulis Kelantan (PPK), M. Husdaini Mamat berkata, penganjuran acara itu bagi menzahirkan gelojak perasaan pendeklamasi tentang konflik berdarah yang tercetus di negara Islam ber­kenaan.

Menurutnya, walaupun tiada senjata ampuh untuk menghentikan kezaliman Zionis Israel, namun atas dasar agama dan kemanusiaan, diharap orang ramai dapat mengambil iktibar bagi mengekalkan keamanan negara menerusi puisi dan sajak yang di­sampaikan.

"Malam Puisi Keamanan Sejagat merupakan program tahunan persatuan ini sejak lebih enam tahun lalu dan pada kali ini, kami bersepakat mengambil tema Untukmu Gaza kerana Palestin tidak pernah mengecap erti damai.

"Kesedaran untuk menghargai keamanan harus dipupuk bagi setiap masyarakat dan salah satu caranya melalui acara bacaan puisi," katanya kepada pemberita di Dewan Indra Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra di sini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab. Aziz Yusoff; Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Muhammad Zahari Othman dan Setiausaha II Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Usman Ibrahim.

Deklamasi puisi disampaikan penyair terkenal negeri Kelantan yang juga ahli PPK iaitu Abdul Hadi Yusoff, Wadi Leta S.A, Usman Gumanti Ibrahim, Chu E. Liang, Zamari Abdul Wahab, Abd. Razak Rezeki Othman serta kartunis terkenal ta­nah air, Rossem.

Pada program tersebut, khalayak turut diperdengar dengan bacaan ayat suci al-Quran, persembahan nyanyian, dikir barat dan sketsa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.