TIMUR
ARKIB : 13/10/2014
Kesedar rancang pembangunan tertumpu
KOTA BHARU 12 Okt. - Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) akan melakukan penggredan terhadap 556 kampung di kawasan selatan negeri ini bagi memudahkan pelaksanaan pembangunan di kawasan tersebut.
Pengerusinya, Datuk Abdul Aziz Derashid berkata, kesemua kampung tersebut akan dinilai dari segi pembangunan infrastruktur dan kemudahan komunikasi sebelum penggredan dilakukan.
"Sejak empat bulan lalu, kakitangan Kesedar telah mula membuat penilaian tersebut dengan mengambil kira faktor pembangunan kemudahan seperti air, elektrik, jalan raya, padang bola atau gelanggang futsal serta jalur lebar.
"Selepas itu, kesemua 556 kampung tersebut akan dikategori kepada gred A, B ataupun C bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih tertumpu supaya relevan dengan arus kemodenan negara.
"Menerusi kaedah tersebut, saya berharap kampung-kampung yang di gred sebagai C kerana tidak mempunyai pembangunan kemudahan yang baik dapat diubah status kepada kelas B dalam tempoh kira-kira empat tahun," kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan majlis Makan Malam Perdana Sempena Sambutan Hari Keluarga Kesedar 2014 di Perdana Resort di sini malam tadi.
Yang hadir sama Pengurus Besar Kesedar Gua Musang, Mohd. Arshad Ismail.
Menurut Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, langkah itu juga diambil bagi memastikan pembangunan sama rata, selain bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat di selatan negeri ini.
Dalam pada itu, beliau berharap akan mendapat peruntukan lebih besar daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada tahun hadapan bagi menjayakan perancangan tersebut.
"Setiap tahun kita telah menerima kira-kira RM100 juta setahun. Bagaimanapun, menerusi pembentangan Bajet 2015 Jumaat lalu, saya berharap Kesedar akan mendapat peruntukan lebih besar pada tahun depan,'' katanya.
Keluarga terharu keprihatinan Tabung Haji
Empower Besut bimbing wanita Pulau Perhentian
Luar bandar dapat perhatian
Nelayan buktikan semangat di laut
Pulau Ranggut bakal dimaju
Penduduk lega KADA baiki jambatan
RM1.7 juta baiki, naik taraf sekolah
Ladang solar bekal elektrik 2,500 penduduk
Terap budaya inovasi - Adnan
Santuari ikan di setiap daerah
5,894 notis cermin gelap, nombor plat pendaftaran
32,777 calon duduki ujian bertulis PT3 di Kelantan
Expoconvo 2014 berjaya capai matlamat
10 graduan sertai Felo Perdana
Penulis, penyair zahir gelojak perasaan menerusi puisi
Kesedar rancang pembangunan tertumpu
Penderma organ Melayu masih sedikit
Muip agih zakat RM67 juta di Pahang
Gerai tidak dibiarkan dibuka sesuka hati
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












