saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 13/10/2014

Penderma organ Melayu masih sedikit

KUALA TERENGGANU 12 Okt. - Bilangan umat Islam di negeri ini yang berikrar sebagai penderma organ masih terlalu rendah dan cuma menunjukkan peningkatan sedikit sejak beberapa tahun lalu.

Pengerusi Pasukan Perolehan Transplan (TOP) negeri, Datuk Dr. Aisai Abdul Rahman berkata, sebahagian besar daripada kira-kira 3,000 pengikrar setakat ini merupakan kalangan bukan Melayu.

Beliau menyifatkan kesedaran rakyat di negeri ini secara keseluruhanya tentang kepentingan pendermaan organ masih belum mencapai tahap yang diharapkan dan kempen berterusan perlu digerak.

"Setakat ini, lima orang telah menderma organ mereka dan seorang daripadanya menderma keseluruhan organ dan tisu,"' katanya dalam majlis perasmian Kempen Jalanan Satu Ikrar Sejuta Harapan Sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ peringkat negeri di sini semalam.

Pemangku Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Kesihatan Awam), Dr. Kasmani Embong mewakili Pengarah Kesihatan negeri menyempurnakan perasmian program itu.

Aisai yang juga Ketua Jabatan Pakar Perunding Kanan Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mengakui bahawa masih ramai yang mempunyai persepsi negatif dan takut untuk menderma organ disebabkan salah tanggapan berkaitan hukum agama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.