TIMUR
ARKIB : 14/10/2014
Santuari ikan di setiap daerah

KEMAMAN 13 Okt. - Jabatan Perikanan akan mewujudkan santuari ikan di setiap daerah di sungai-sungai terpilih dalam usaha mengatasi kepupusan sumber, di samping menjana pendapatan berkekalan bagi penduduk di negeri ini.
Pengarahnya, Abdul Khalil Abdul Karim berkata, dalam usaha itu, pihaknya akan mencontohi sistem Tagal di Sabah iaitu melibatkan masyarakat setempat bagi memulihara dan mengembangkan sumber itu untuk keperluan sendiri serta menjana ekonomi setempat.
"Ini termasuklah kegiatan ekopelancongan iaitu mewujudkan tarikan seperti bermain dengan ikan-ikan jinak atau memancing dalam persekitaran ekosistem yang tidak terjejas,'' ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelepasan 40,000 ekor benih ikan lampam sungai dan 300 ekor benih ikan kelah di Sungai Air Putih di sini kelmarin yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.
Abdul Khalil turut menarik perhatian tentang usaha yang dilakukan di daerah Setiu dengan kewujudan Taman Pelancongan Konservasi Kelah Sungai Pelong.
"Dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk Kampung Pelong, usaha memelihara sumber sungai telah mendatangkan hasil lumayan apabila mampu menarik tumpuan pelancong,'' ujarnya.
Menurutnya lagi, Jabatan Perikanan dengan kerjasama beberapa penduduk Kampung Air Putih telah mengadakan kajian inventori spesies ikan yang terdapat di sungai itu pada Ogos lalu.
"Hasil daripada kajian tersebut mendapati 31 jenis ikan dan udang yang diperoleh daripada keseluruhan blok 6 dan blok 7 Sungai Air Putih.
"Namun hanya beberapa spesies yang diperoleh di blok 7. Keadaan ini menunjukkan terdapat aktiviti penangkapan ikan secara salah dengan menggunakan kaedah racun, bom ikan atau arus elektrik kerana ikan bersaiz kecil yang ditangkap sangat sedikit.
Katanya lagi, mereka yang menggunakan kaedah yang dilarang ini jika disabit kesalahan boleh dihukum di bawah Akta Perikanan 1985 (Kaedah-kaedah Perikanan Sungai Negeri Terengganu 1988 pindaan 1993) dengan denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua duanya sekali.
Menurut Abdul Khalil, sepanjang tahun ini, pihaknya telah melepaskan sebanyak 182,305 ekor benih ikan di daerah Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
Keluarga terharu keprihatinan Tabung Haji
Empower Besut bimbing wanita Pulau Perhentian
Luar bandar dapat perhatian
Nelayan buktikan semangat di laut
Pulau Ranggut bakal dimaju
Penduduk lega KADA baiki jambatan
RM1.7 juta baiki, naik taraf sekolah
Ladang solar bekal elektrik 2,500 penduduk
Terap budaya inovasi - Adnan
Santuari ikan di setiap daerah
5,894 notis cermin gelap, nombor plat pendaftaran
32,777 calon duduki ujian bertulis PT3 di Kelantan
Expoconvo 2014 berjaya capai matlamat
10 graduan sertai Felo Perdana
Penulis, penyair zahir gelojak perasaan menerusi puisi
Kesedar rancang pembangunan tertumpu
Penderma organ Melayu masih sedikit
Muip agih zakat RM67 juta di Pahang
Gerai tidak dibiarkan dibuka sesuka hati
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












