saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 14/10/2014

Expoconvo 2014 berjaya capai matlamat

KUANTAN 13 Okt. - Expoconvo 2014 sempena majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) kesembilan yang diadakan di kampus universiti itu di Gambang dan Pekan dekat sini, bermula Rabu lalu berjaya mencapai matlamat penganjurannya.

Penasihat Expoconvo 2014, Zahiruddin Mohd. Zain berkata, aktiviti yang dilaksanakan dalam program kerjasama UMP dengan Kumpulan Utusan yang berakhir semalam berjaya menepati temanya iaitu Go Green, Go Healthy.

"Apa yang paling penting adalah kita (UMP) berjaya melaksanakan aktiviti Expoconvo 2014 kali ini bersesuaian dengan tema.

"Pembukaan Expoconvo 2014 dimulakan dengan penganjuran pertandingan dekorasi kek cawan dan menjahit, program senamrobik, kitar semula, pemeriksaan kesihatan dan kempen derma darah.

"Semuanya menekan aspek mesra alam sekitar yang bukan sahaja baik untuk kesihatan dan persekitaran tetapi cantik apabila dipandang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Katanya, pada majlis itu juga, murid sekolah rendah turut terlibat dalam program berimpak tinggi iaitu memasukkan impian mereka yang ditulis di atas kertas di dalam botol-botol terpakai.

Jelasnya. botol-botol itu kemudiannya diletakkan ke dalam sebuah kontena yang disediakan.

"Penggunaan botol dan kertas terpakai itu adalah salah satu usaha untuk memupuk mereka menyertai kempen kitar semula dalam usaha menjaga alam sekitar," jelasnya.

Selain itu, sempena Expoconvo 2014, turut diadakan pertandingan mewarna, peragaan pakaian kanak-kanak, kembara bermotor UMP, pertandingan inovasi, forum Save Gaza dan forum wanita muslimah bertajuk Cantiknya Dirimu Wahai Muslimah Solehah.

Sebanyak 84 gerai jualan dan pameran turut disediakan penganjur sempena Expoconvo 2014.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.