saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 16/10/2014

Pulau Ranggut bakal dimaju

MARANG 15 Okt. - Kerajaan negeri merancang untuk membangunkan Pulau Ranggut berdekatan muara Sungai Mercang dekat sini yang mempunyai daya penarik tersendiri dari sudut pelancongan sebagai pusat pertumbuhan baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, A. Latiff Awang berkata, dengan penyediaan pelbagai prasarana untuk keselesaan masyarakat di penempatan nelayan di situ di samping projek perumahan, perkedaian dan calet.

Menurut A Latiff, pulau beting pasir berkeluasan 30 hektar yang sebahagiannya diselaputi paya bakau terpisah kira-kira 100 meter dari daratan oleh lagun yang menyajikan pandangan alam semulajadi yang cantik.

"Sebahagian besar kawasan adalah milik kerajaan manakala beberapa lot tanah kepunyaan perseorangan, mengunjur dari muara sungai ke kampung Mercang.

Persekitaran agak terbiar semak samun serta paya nipah dan atas faktor itu mendorong kerajaan negeri untuk membangunkan pulau itu bagi membantu menjana ekonomi penduduk dan negeri," ujarnya.

"Kita bercadang membangunkan pulau ini dengan mewujudkan sebuah pekan yang dilengkapi lot-perkedaian dan kediaman. Malah ada juga cadangan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung agar masjid di daratan dipindahkan ke pulau itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

A. Latiff berkata, cadangan membangunkan Pulau Ranggut itu juga selari dengan perancangan membina beting penahan ombak bagi menangani masalah air cetek di muara Sungai Merchang yang membelenggu kira-kira 300 nelayan di situ sejak sekian lama.

Menurutnya, beliau bersama Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, C. Poobalam; Pegawai Daerah Marang, Mohd. Arshad Mohamed serta seorang penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Faridah Jaffar Sidek berkesempatan meninjau kawasan berkenaan kelmarin.

Sehubungan itu, beliau berharap agar kerajaan Pusat sedia mempertimbangkan cadangan membangunkan pulau berkenaan termasuk projek mendalamkan muara sungai dan beting penahan ombak.

"Cadangan ini sudah dalam pengetahuan Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan kami berharap mendapat pertimbangan," katanya sambil menambah, projek itu dijangka memerlukan peruntukan kira-kira RM50 juta, tidak termasuk membangunkan Pulau Ranggut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.