saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 16/10/2014

Penduduk lega KADA baiki jambatan

RAZALI Ab Rahman menunggang motosikalnya dengan selesa selepas jambatan yang menghubungkan Kampung Dalam Kerawat dengan Kubang Bongor di Pasir Mas, Kelantan diganti dengan yang baharu.

PASIR MAS 15 Okt. - Lebih 300 penduduk dari Kampung Dalam Kerawat dan Kubang Bongor, di sini berasa lega apabila sebuah jambatan uzur yang merentangi tali air Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) telah dibaik pulih, Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP), Razali Ab Rahman berkata, pihak KADA telah bertindak pantas menjalankan kerja-kerja membaik pulih jambatan yang uzur tersebut selepas berita itu disiar Utusan Malaysia pada Khamis lalu.

"Alhamdulillah, impian penduduk kampung untuk menggunakan jambatan yang lebih selamat akhirnya tercapai juga.

"Saya berterima kasih kepada pihak KADA kerana menyegerakan kerja-kerja membaik pulih jambatan ini kerana ia memberikan impak cukup besar kepada penduduk," katanya.

Utusan Malaysia pada 9 September lalu melaporkan lebih 300 penduduk dari dua buah kampung terpaksa bergadai nyawa setiap kali mahu melintasi dua buah jambatan yang merentangi tali KADA.

Kedua-dua jambatan tersebut hanya menunggu masa untuk runtuh malah hampir meragut beberapa nyawa penduduk yang menggunakan laluan tersebut.

Razali memberitahu, jambatan tersebut itu penting kepada penduduk kerana dapat menjimat masa dan jarak perjalanan penduduk untuk ke bandar.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati jambatan berkenaan telah dibaik pulih dan penghadang juga turut dibina bagi memastikan keselamatan pengguna jambatan tersebut lebih terjamin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.