saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 16/10/2014

RM1.7 juta baiki, naik taraf sekolah

KUALA KRAU 15 Okt. - Kerajaan Pusat membelanjakan RM1.7 juta bagi membaiki dan menaik taraf 41 buah sekolah menengah dan rendah di kawasan Parlimen Kuala Krau dalam tempoh antara Januari hingga September tahun ini.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, turut menerima peruntukan itu adalah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil yang masing-masing melibatkan dua buah.

Menurutnya, peruntukan RM1.7 juta yang diterima bagi tahun ini adalah satu peningkatan berbanding RM1.4 juta untuk keseluruhan tahun lalu.

"Ini bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) komited memastikan setiap sekolah dalam keadaan baik dan selamat sekali gus memberi motivasi tambahan guru dan pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Kluster Kecemerlangan Pendidikan Pelajar daerah Temerloh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krau di sini kelmarin.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Rashidah Mat Aris.

Ismail berkata, apa yang dilakukan kerajaan ini adalah untuk menyediakan kemudahan pendidikan terbaik supaya dapat melahirkan modal insan berkelas dunia termasuk dalam kalangan penduduk di luar bandar.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau berkata, untuk itu, para ibu bapa tidak boleh lagi menoleh ke belakang sebaliknya perlu terus memajukan pendidikan anak-anak.

"Persaingan semakin sengit dan setiap lapisan masyarakat termasuk di luar bandar perlu menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa dalam bidang pendidikan termasuk penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam pembelajaran," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.