saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 16/10/2014

Ladang solar bekal elektrik 2,500 penduduk

AMIR Mukmin Hassani Hassan (kanan) meninjau projek jana kuasa solar yang diusahakannya di Kampung Kubang Ketam, Rantau Panjang, dekat Pasir Mas, Kelantan, kelmarin. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS 15 Okt. - Stesen janakuasa solar yang diusahakan oleh syarikat Komitmen Mantap Sendirian Berhad (KMSB) di Mukim Kubang Ketam, di sini dijangka mampu membekalkan 4 megawatt tenaga elektrik tambahan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengarah Urusan KMSB, Amir Mukmin Hassani Hassan berkata, sebanyak 2,500 isi rumah di sekitar daerah ini akan dapat menikmati bekalan tenaga elektrik tambahan itu.

"Projek ini menggunakan sumber semula jadi iaitu cahaya matahari yang tidak terhad, mampu menjaga alam sekitar dan mengurangkan kebergantungan TNB terhadap sumber bahan mentah seperti arang batu, gas dan diesel," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke tapak projek di sini semalam.

Amir Mukmin memberitahu, projek itu bagi memenuhi pembangunan dan pertambahan penduduk khususnya di kawasan bandar seperti Pasir Mas.

Katanya, dianggarkan sebanyak 40 megawatt bekalan elektrik dibekalkan kepada pengguna di daerah ini sama ada untuk rumah atau rumah kedai.

"Jadi permulaan bekalan 4 megawatt yang kami jalankan mampu membantu TNB menyalurkan bekalan elektrik untuk dinikmati penduduk,"ujarnya.

Katanya, pihaknya juga berterima kasih di atas kepercayaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang membiayai 15 peratus kos ladang itu melalui Dana Mudahcara bernilai RM6.4 juta.

"Pemberian dana ini mampu menggalakan penglibatan bumiputera dalam sektor yang memberi kesan kepada ekonomi teknologi seperti tenaga solar ini.

"Hasil kejayaan ladang solar yang menelan belanja RM49.6 juta itu membolehkan KMSB mendapat kontrak membekal elektrik kepada TNB melalui Perjanjian Pembelian Tenaga Boleh Diperbaharui (REPPA) selama 21 tahun.

"Ia bermula dua tahun lalu iaitu bekalan fasa pertama pada 15 Disember 2013 dan Fasa Kedua pada 21 Mac lalu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.