saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 16/10/2014

Terap budaya inovasi - Adnan

ADNAN Yaakob melihat pameran pada Hari Inovasi Peringkat Negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di Kuantan, Pahang, kelmarin.

KUANTAN 15 Okt. - Setiap penjawat awam perlu menerapkan budaya inovasi dalam persekitaran mereka sebagai pemangkin kepada kecemerlangan perkhidmatan awam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, selain budaya inovasi, setiap penjawat awam bermula daripada peringkat tertinggi sehingga ke kakitangan sokongan perlu mengubah cara mereka agar dapat berfikir di luar kotak.

"Sesungguhnya semua pihak perlu mengetahui bahawa usaha inovasi ini tidak terhad kepada prosedur dan proses kerja sahaja.

"Penjawat awam khususnya mesti menanam sikap inovasi dalam berfikir, daya menyelesaikan masalah, berfikiran terbuka, dinamik dan sentiasa kreatif yang selari dengan arus perubahan semasa yang memerlukan penjawat awam melaksanakan sistem penyampaian secara cepat dan efektif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Inovasi peringkat negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia, Muhammad Aziph Mustapha.

Mengenai Hari Inovasi berkenaan, Adnan berkata, peserta program itu perlu merebut peluang dan mempelajari ilmu serta teknik-teknik terbaru menerusi program inovasi yang dianjurkan tersebut.

Menurutnya, walaupun negara telah mencapai peningkatan kemajuan ekonomi namun masih ketinggalan dari segi inovasi dan ciptaan-ciptaan baharu berbanding penduduk di negara maju.

Katanya, berdasarkan kajian The Global Innovation Index pada 2013 mendapati Malaysia berada pada tangga ke-32 daripada 142 negara dengan pencapaian kira-kira 46.92 peratus, tangga pertama diraih oleh Switzerland (66.59 peratus) diikuti Sweden (61.36 peratus) dan United Kingdom (61.25 peratus).

"Ini menunjukkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berinovasi masih berada pada tahap yang sederhana berbanding negara maju walaupun negara ini tergolong dalam kategori pendapatan kelas menengah.

"Mudah-mudahan apa juga bentuk ciptaan yang dihasilkan berjaya mencetus idea dan merangsang minda para peserta bagi menghasilkan sesuatu yang lebih baik dan berkualiti," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.