TIMUR
ARKIB : 17/10/2014
Kes denggi di Kelantan menurun
KOTA BHARU 16 Okt. - Kes denggi di negeri ini menunjukkan perkembangan positif apabila mencatat penurunan memberangsangkan sejak kebelakangan ini.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, sebagai contoh, hanya 24 kes baharu direkodkan berbanding beberapa minggu sebelum ini yang mencatatkan beratus kes sehari terutamanya pada bulan Julai.
Beliau berkata, secara keseluruhannya, jumlah kes denggi dari awal tahun sehingga semalam adalah sebanyak 13,360 kes dengan 17 kematian direkodkan.
"Kita gembira dan mengucap ribuan terima kasih kepada semua sukarelawan termasuk tenaga bantuan (Jabatan Kesihatan) dari negeri lain, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rela, tentera dan lain-lain.
"Kita harap orang ramai akan terus peka dengan kebersihan dan mengurus sisa pepejal dengan cara yang betul," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Dalam masa sama, Ahmad Razin turut meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) meningkatkan kaedah pengurusan sampah dan sisa pepejal serta memastikan sistem perparitan boleh mengalirkan air dengan lancar.
"Walaupun banyak aktiviti gotong-royong diadakan namun tahap kebersihan akan kembali kepada keadaan sebelumnya jika pengurusan sampah tidak berjalan dengan sempurna," katanya.
Sementara itu, Ahmad Razin memberitahu, seramai 200 sukarelawan akan terlibat dalam 'Kempen Jalanan Pendermaan Organ Satu Ikrar Sejuta Harapan' peringkat negeri esok dalam usaha meningkatkan kesedaran penduduk tentang kepentingan menderma organ.
Katanya, sukarelawan terlibat akan turun padang ke beberapa lokasi yang menjadi tumpuan ramai antaranya Dataran Ilmu, Stesen Bas Kota Bharu, Jalan Kebun Sultan dan beberapa pasar raya.
"Sebanyak 560 orang telah berikrar sebagai penderma organ pada tahun 2013 dan jumlah terkini pengikrar baharu pada tahun ini adalah seramai 480 orang di Kelantan.
"Kita mahu memberi maklumat dan mengurangkan keresahan supaya lebih ramai mendaftar sebagai penderma organ, banyak lagi salah faham tentang pendermaan organ walaupun telah difatwakan sebagai harus," katanya.
Keluarga terharu keprihatinan Tabung Haji
Empower Besut bimbing wanita Pulau Perhentian
Luar bandar dapat perhatian
Nelayan buktikan semangat di laut
Pulau Ranggut bakal dimaju
Penduduk lega KADA baiki jambatan
RM1.7 juta baiki, naik taraf sekolah
Ladang solar bekal elektrik 2,500 penduduk
Terap budaya inovasi - Adnan
Santuari ikan di setiap daerah
5,894 notis cermin gelap, nombor plat pendaftaran
32,777 calon duduki ujian bertulis PT3 di Kelantan
Expoconvo 2014 berjaya capai matlamat
10 graduan sertai Felo Perdana
Penulis, penyair zahir gelojak perasaan menerusi puisi
Kesedar rancang pembangunan tertumpu
Penderma organ Melayu masih sedikit
Muip agih zakat RM67 juta di Pahang
Gerai tidak dibiarkan dibuka sesuka hati
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












