saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 17/10/2014

Keluarga terharu keprihatinan Tabung Haji

ABDUL Azeez Abdul Rahim (tengah) memberi kata-kata semangat kepada waris Allahyarham Maznah Dali yang meninggal di Mekah ketika menunaikan ibadah haji, Muhammad Din Haniff Efandi (kiri) dan adiknya, Muhammad Din Harris (kanan) selepas melawat keluarga tersebut di Bukit Sekilau, Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 16 Okt. - Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim semalam menziarahi rumah keluarga dua jemaah haji di sini dan Pekan yang meninggal dunia di tanah suci baru-baru ini.

Dalam lawatan itu, selain menyampaikan sumbangan, Abdul Azeez bersama pegawai TH turut menyertai majlis tahlil yang diadakan di rumah keluarga dua jemaah berkenaan iaitu Allahyarham Maznah Dali di Taman Sekilau Maju di sini dan Allahyarham Ibrahim Tul di Taman Mentiga Jaya, Pekan.

Sementara itu, salah seorang anak kepada Allahyarham Ibrahim merakamkan penghargaan terhadap keprihatinan TH dalam menjaga kebajikan dan pengurusan jenazah bapa mereka di sana.

Menurut anak sulung Allahyarham, Rahimah Ibrahim, 36, bapanya yang merupakan peneroka dari Felda Chini Timur 1 meninggal dunia Jumaat lalu akibat demam dengan semua urusan di sana diuruskan TH.

Katanya, mereka sekeluarga bersyukur kerana semua urusan berjalan dengan lancar malah TH juga mempercepatkan tarikh ibunya, Asmah Abdul Rani, 54, balik ke tanah air iaitu Sabtu ini.

"Dengan segala perkhidmatan diberikan, kami amat berbesar hati dengan kehadiran Abdul Azeez yang sanggup turun padang bertanya khabar dan bersama-sama menyertai majlis tahlil.

"Terima kasih kepada semua. Sumbangan khairat kematian ini saya serahkan kepada ibu selepas dia pulang nanti yang akan disusuli majlis tahlil untuk arwah," katanya.

Sementara itu, salah seorang anak Allahyarham Maznah, Muhammad Din Efandi, 23, mengucapkan terima kasih dan terharu dengan kunjungan tersebut.

Menurut pembantu tadbir di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu, walaupun masih terkejut dengan berita pemergian ibunya, mereka sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan berhajat untuk ke Tanah Suci bagi menziarahi kubur arwah.

"Ibu saya meninggal dunia akibat penyakit radang paru-paru yang dihidapi sejak dua tahun lalu.

"Memang terkejut tetapi kami sekeluarga reda. Saya harap ayah saya yang turut ke tanah suci akan pulang pada 25 Oktober ini berada dalam keadaan sihat," kata anak kelima daripada enam beradik itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.