saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 17/10/2014

Empower Besut bimbing wanita Pulau Perhentian

BESUT 16 Okt. - Empower ECER Besut giat meluaskan peranannya membantu masyarakat setempat menimba ilmu, meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran dalam pelbagai bidang agar dapat memperbaiki tahap kehidupan.

Program di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) itu diatur mengikut kesesuaian atau keperluan kumpulan sasar termasuk wanita dan yang terbaharu dilakukan di Pulau Perhentian, dekat sini, semalam.

Empower ECER Besut menampilkan Cef Abdul Rahman Daud yang memberikan panduan dan demonstrasi kepada lebih 20 wanita dan suri rumah di pulau tersebut dalam bidang penyediaan makanan dan masakan yang berpotensi menambahkan pendapatan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman ketika berucap merasmikan majlis tersebut berkata, kegiatan yang dijayakan itu merupakan peluang terbaik kepada wanita dan suri rumah di Pulau Perhentian itu untuk menambah pengetahuan dan menguasai kemahiran.

Katanya, usaha Empower ECER itu boleh dimanfaatkan oleh peserta lebih-lebih lagi di pulau peranginan yang menjadi tarikan pelancong itu untuk terlibat dalam perniagaan berasaskan makanan.

"Produk makanan yang sesuai dengan cita rasa pelancong jika disediakan dengan kreatif dan mengambil kira mutu, keenakan serta kebersihan akan menambahkan daya tarikan pelancong.

Menurutnya, kemahiran yang dibekalkan itu akan dapat menjadi perangsang golongan wanita terutamanya suri rumah serta golongan ibu tunggal untuk memiliki ilmu kemahiran yang membuka minda mereka untuk mencorakkan kehidupan lebih baik.

Tambahnya, usaha itu juga akan memberikan keyakinan kepada golongan belia untuk berdikari dengan meneroka bidang keusahawanan.

Sementara itu, ECER dalam satu kenyataan memberitahu, program Empower ECER Besut akan dirasmikan Ahad ini oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut.

Majlis tersebut bertujuan memperkenalkan Program Empower ECER Besut kepada umum di samping menjalinkan hubungan baik dengan agensi-agensi berkaitan dan meluaskan jaringan sesama peserta dan masyarakat setempat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.